CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2047|Reply: 5

Bayi 8 Bulan Maut Direnjat Elektrik Ketika Kunyah Wayar Pengecas

[Copy link]
Post time 3-8-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Bayi perempuan berusia lapan bulan maut akibat renjatan elektrik selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih.


Gulf News melaporkan, insiden itu berlaku di kampung Siddarada, Karwar taluk di daerah Uttara Kannada di Karnataka, Bengaluru, India pada Rabu.




Gambar hiasan




Mendiang Sanidhya Kalgutkar adalah anak perempuan Santhosh Kalgutkar dan Sanjana Kalgutkar.


Menurut polis, pengecas mudah alih dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket dengan suis itu tidak dimatikan.


Bayi yang memegang wayar pengecas mula mengunyah pin wayar pengecas mudah alih dan terkena renjatan elektrik.


Ahli keluarga yang menyedari insiden itu dengan segera membawa Sanidhya ke hospital daerah.


Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.


Bapanya, Santhosh Kalgutak yang bekerja sebagai pekerja kontrak dengan Syarikat Bekalan Elektrik Hubballi (Hescom) rebah di tempat kerja selepas mengetahui kejadian itu.


Dia dimasukkan ke hospital, manakala mayat bayi perempuan itu dipindahkan ke bilik mayat.


Difahamkan, Sanidhya adalah anak ketiga pasangan itu.


Susulan kematiannya, polis mendaftarkan satu kes dan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 01:02 PM | Show all posts
ya Allah… bahaya nya… kdg tgk ada segelintir parents ni duk biar tgk anak tu kunyah yg bukan2…
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 02:37 PM | Show all posts
" insiden itu berlaku di kampung Siddarada, Karwar taluk di daerah Uttara Kannada di Karnataka, Bengaluru, India pada Rabu."


no rumah tak de sekali ke

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 02:40 PM | Show all posts
perkara sama mungkin akan terjadi kalau di bawah penjagaan dan asuhan mek yah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
chiyoasuka replied at 3-8-2023 01:02 AM
ya Allah… bahaya nya… kdg tgk ada segelintir parents ni duk biar tgk anak tu kunyah yg bukan2…

Dulu Aeril Zafrel pernah buat video challenge isteri kunyah wayar charger. Bayangkan kalau budak2 tengok, tak ke akan jadi ikutan.

  

Orang macam Aeril & Wawa ni sepatutnya kena gam daripada muncul di semua platform media sosial.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 3-8-2023 04:19 PM
Dulu Aeril Zafrel pernah buat video challenge isteri kunyah wayar charger. Bayangkan kalau budak2  ...

adoiii benda2 mcm ni pun nak buat content… bg ak tak lawak content2 mcm ni.. bahaya betulll laa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.242947 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list