CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Ditemui Selamat Selepas 3 Hari Hilang Ketika Cari Katak

2-8-2023 10:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6633| Komen: 4

Kuching: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di hutan ketika mencari katak di Sungai Banyau, Nanga Sebala Mujong di Kapit, sejak tiga hari lalu ditemui selamat, hari ini.

Nyipa Ajong, 68, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 2 petang tadi pada jarak empat kilometer dari lokasi dia bersama rakannya berehat Isnin lalu.


Nyipa Ajong ditemui selamat hari ini, pada jarak empat kilometer dari lokasi dia disedari hilang pada Isnin lalu. - Foto ihsan JBPM

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal, namun sedikit keletihan.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis Kapit untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, Pusat Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit menerima panggilan daripada pihak polis berhubung kehilangan mangsa pada jam 10.32 pagi, Isnin lalu.

"Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dilaporkan keluar mencari katak, namun disedari hilang ketika dalam perjalanan pulang.

"Saksi memaklumkan kepada penduduk rumah panjang mengenai kehilangan warga emas itu dan mereka membuat pencarian awal namun gagal mengesan mangsa," katanya.

Menurutnya, SAR dilancarkan anggota BBP Kapit, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.

"Pencarian dilakukan dalam radius kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat Isnin lalu sehingga dia ditemukan selamat, hari ini," katanya.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 2-8-2023 11:22 PM
Siot je Abam2 Bomba Penyelamat tu semua kemain posing sengih bagai, mcm posing kat kedai makan Pokcik tu mcm mendam perasaan jah. Dahla 3hari xbalik, xmkn nasik
Quote B40tastePosh 3-8-2023 12:27 AM
Hensem nye abang Bomba.
Quote chiyoasuka 4-8-2023 09:57 AM
sempat lg posing ye abam2 bomba…

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.154102 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top