Hafiz Mahamad yang terkenal dengan sikap murah hati, tampil membuat kejutan kepada salah seorang pekerjanya. Kata Hafiz melalui Instagram, dia memahami cabaran seorang lelaki dalam usaha untuk menghalalkan wanita yang disayangi kerana pernah melaluinya suatu ketika dahulu.
“Teringat waktu kahwin dengan Aina dulu. Staf saya ni bagus, ingat dua tahun lepas waktu temuduga dengar dia budak tahfiz, terus saya ambil sebab boleh la dia ajar kami dekat pejabat ni tentang agama. “Dia kata, umrah dah bagi, ni kahwin pula. Bukan abang bagi, ni rezeki daripada amalan awak. Abang hanya dengar ‘suara hati’. “Jika ini hak kamu, maka dia hak kamu dengan perniagaan. Di mata orang mungkin abang pemiliknya, tapi di mata tuhan abang, abang pemegang harta sementara, bukan milik abang sepenuhnya,” katanya.
|
ADVERTISEMENT