CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2995|Reply: 11

"Melawan Hukum Majikan Ni," Hafiz Mahamad Bagi RM10,000, Minta Pekerja Segera Halalkan Kekasih

[Copy link]
Post time 2-8-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Hafiz Mahamad yang terkenal dengan sikap murah hati, tampil membuat kejutan kepada salah seorang pekerjanya.


Kata Hafiz melalui Instagram, dia memahami cabaran seorang lelaki dalam usaha untuk menghalalkan wanita yang disayangi kerana pernah melaluinya suatu ketika dahulu.








“Teringat waktu kahwin dengan Aina dulu. Staf saya ni bagus, ingat dua tahun lepas waktu temuduga dengar dia budak tahfiz, terus saya ambil sebab boleh la dia ajar kami dekat pejabat ni tentang agama.


“Dia kata, umrah dah bagi, ni kahwin pula. Bukan abang bagi, ni rezeki daripada amalan awak. Abang hanya dengar ‘suara hati’.


“Jika ini hak kamu, maka dia hak kamu dengan perniagaan. Di mata orang mungkin abang pemiliknya, tapi di mata tuhan abang, abang pemegang harta sementara, bukan milik abang sepenuhnya,” katanya.


  



Tambah personaliti media sosial dan usahawan itu lagi, para pekerjanya adalah merupakan tanggungjawabnya.


  



Oleh kerana itu, dia ingin mencipta banyak kenangan yang boleh dikenang dan diceritakan suatu hari nanti.

Di ruangan komen ramai yang kagum dengan Hafiz dan mahu mencari majikan sepertinya.


Ada juga yang berseloroh bahawa Hafiz melawan hukum majikan yang biasanya langsung tak peduli dengan hal pekerjanya.– CARI


Sumber:Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tu... Tp kehidupan selepas perkahwinan tu lagi penting.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:14 PM | Show all posts
content dia memang macam ni ye...apa kata dia naikkan gaji staff dia? so boleh menyimpan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:22 PM | Show all posts
macam gampang jer dia ni
sapa tgk yang dia dlm kereta duk gomol2 bini dia
cium2
ms tu bini dia tgh order apa tah drive thru
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:32 PM | Show all posts
Nak tolong ke apa ke kena buat video dulu, baru orang tahu. Bab ikhlas jangan tegur, tu dia dengan Tuhan.

Mesti nak melawan Wasap Gais jadi terpaling majikan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ngatur hidup orang lain
Yang nak menanggung komitmen selepas kawen tu bukan aok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2023 03:55 PM | Show all posts
Inspirasi katanya. Bagi aku la bila hidup bertongkatkan content...semua benda nak ceta..semua benda nak tunjuk..ko buat real pun still nampak pelesu. Kau belum cukup kaya dan berjaya bila semua benda nak dipertontonkan demi pujian.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu bukan ke heols nk sara shubushuk?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 04:07 PM | Show all posts
content creator
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 04:29 PM | Show all posts
oh dia ni.. tak heran dah sbb dia laa terpaling dari dulu. semua benda nk jadi content. ramai plak tu views n puji melangit
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 04:36 PM | Show all posts
Saingan kepada Ustaz Ebit Liew bab suka bagi sedekah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:25 AM | Show all posts
terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpalinggggggggggggggggggg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 1.046449 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list