Menerusi dua video yang dimuat naik seorang penumpang di laman sosial, kejadian berlaku ketika dalam penerbangan domestik ke Kuala Lumpur. Rakaman menunjukkan kepulan asap tebal berwarna keputihan memenuhi ruang kabin pesawat.
“Paling nervous bila kena macam ni. Flight on the way balik Kuala Lumpur. Sebab tu kadang takut naik kapal terbang. “Nervousnya. Panik dah semua orang,” tulisnya menerusi keterangan video. Ketika kejadian, cuaca hujan lebat seperti mana dimaklumkan dalam rakaman. Menurut wanita itu, pada mulanya asap itu nampak normal namun kemudian menjadi semakin tebal dan kuat sehingga tidak terkawal. Difahamkan, kepulan asap itu merupakan wap air daripada pelembap udara (air humidifier) yang berfungsi untuk mengoptimumkan kelembapan kabin dengan melembapkan udara segar. Dia bagaimanapun bersyukur kerana pesawat yang dinaiki selamat mendarat di Kuala Lumpur.
Malah dia turut berterima kasih kepada kru penerbangan yang membantu menenangkan semua penumpang di dalam pesawat. “Alhamdulillah, yang penting selamat touch down (mendarat). Kru pun sangat membantu. “Kadang benda jadi luar kita punya jangkaan. Jadi tak nak salahkan sesiapa. Mungkin benda pertama kali jadi,” katanya. Walaupun pengeluaran ‘wap air’ itu sering berlaku dalam pesawat namun kepulan asap tebal dalam penerbangan yang dilihat dalam rakaman dilihat sebagai luar biasa. Perkara tersebut diluahkan segelintir netizen yang berpengalaman menaiki kapal terbang. Sumber: mStar
|
hashashes replied at 31-7-2023 08:36 PM
Tengok kerusi mcm bukan AA
ADVERTISEMENT