Lelaki yang membuat onar di platform Transit Aliran Ringan (LRT), Stesen Maluri, Cheras, baru-baru ini akan ditahan dalam masa terdekat. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini, suspek telah dikenal pasti dan dipercayai berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kelmarin, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan pihak polis sedang mengesan suspek selepas menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 pagi daripada seorang wanita tempatan. Beliau dilaporkan berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila dipeluk secara tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali di stesen LRT Maluri, di sini pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, tindakan pantas orang awam yang berada di lokasi terbabit berjaya menyelamatkan wanita itu dalam kejadian pada pukul 7.58 pagi. Dalam pada itu, menurut Mohd. Shuhaily, pihaknya turut menahan lelaki warga Ghana dipercayai memanjat kereta seorang wanita ketika memandu di bulatan Kampung Pandan di sini pada 17 Julai lalu. “Lelaki itu direman dan dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Dia juga akan dihantar untuk pemerhatian mental,” ujarnya. Pada 19 Julai lalu, tular seorang lelaki warga asing memanjat sebelum berguling atas sebuah kereta di tengah jalan di Kampung Pandan di sini. Difahamkan, mangsa cemas selain membunyikan hon beberapa kali sebelum tindakan lelaki itu dihalang orang awam. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
antikorok replied at 31-7-2023 06:25 PM
Tak mampos pulek yach dok tengah landasan berletrik tuhh
krustykrab replied at 31-7-2023 10:37 AM
Biasanya org jahat lambat sikit matinya.. ino berdasarkn citer tamil & hindustan kegilaan org mela ...
ADVERTISEMENT