CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4656|Reply: 10

Lelaki Cabul Wanita Di LRT Taman Maluri Berada Di HKL

[Copy link]
Post time 31-7-2023 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki yang membuat onar di platform Transit Aliran Ringan (LRT), Stesen Maluri, Cheras, baru-baru ini akan ditahan dalam masa terdekat.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini, suspek telah dikenal pasti dan dipercayai berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).




Kosmo




Kelmarin, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan pihak polis sedang mengesan suspek selepas menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 pagi daripada seorang wanita tempatan.


Beliau dilaporkan berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila dipeluk secara tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali di stesen LRT Maluri, di sini pada Jumaat lalu.


Bagaimanapun, tindakan pantas orang awam yang berada di lokasi terbabit berjaya menyelamatkan wanita itu dalam kejadian pada pukul 7.58 pagi.


Dalam pada itu, menurut Mohd. Shuhaily, pihaknya turut menahan lelaki warga Ghana dipercayai memanjat kereta seorang wanita ketika memandu di bulatan Kampung Pandan di sini pada 17 Julai lalu.


“Lelaki itu direman dan dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Dia juga akan dihantar untuk pemerhatian mental,” ujarnya.


Pada 19 Julai lalu, tular seorang lelaki warga asing memanjat sebelum berguling atas sebuah kereta di tengah jalan di Kampung Pandan di sini.


Difahamkan, mangsa cemas selain membunyikan hon beberapa kali sebelum tindakan lelaki itu dihalang orang awam.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Isy seram juga ye public transport ni

Nasib baik aku commute ke ofis 2-3 kali seminggu tu bersama2 dengan suami... dulu aku commute bersana adik aku...

Kitorang bertiga sama ofis.. alhamdulillah selamat
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mampos pulek yach dok tengah landasan berletrik tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 31-7-2023 06:25 PM
Tak mampos pulek yach dok tengah landasan berletrik tuhh

Biasanya org jahat lambat sikit matinya.. ino berdasarkn citer tamil & hindustan kegilaan org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 08:38 PM | Show all posts
krustykrab replied at 31-7-2023 10:37 AM
Biasanya org jahat lambat sikit matinya.. ino berdasarkn citer tamil & hindustan kegilaan org mela ...

betul kannn.. liat sikit nyawa diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam jenis warganegara ada di tanahair ni ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sian dekat akak tu...mesti trauma teruk...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nape dia campur ngan org negro panjat keta popuan tu dlm satu cite
tp mmg seram kalau kena gini..mmg akan ttauma wpn skdr pgg sahaja..i pernah kena raba sikit je i dh trauma..seriusss sampai mmpi dan ssh nk lupa..tu br raba sikit..bkn satu bdn ..kena raba kt bontot ngan org blkg..sialan laki tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 10:39 AM | Show all posts
kenapa la ramai-ramai tu takde sorang pun sepak konet dia..
kalau i ada sana, memang i pijak konet dia dengan hujung heels..
apa guna pakai high heels tajam-tajam kan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 10:55 AM | Show all posts
seram tengok video masa perempuan tu kena attack. mula mula tak perasan ada perempuan kt bawah lelaki tu. kurang ajar sungguh lelaki mental ni!! nasib semua kt situ tolong perempuan tu.. btw, rasanya video kt twitter pun dah kena delete atas permintaan mangsa yang trauma bila ternampak video tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:01 AM | Show all posts
Sampai sekarang rasa terkilan sebab tak dapat selamatkan sorang awek kena himpit dari belakang dalam bas Putra...brader tu badan besar..tinggi...aku sekeping je masa tu.
Aku harap awek tu kalau dah kahwin, ade anak laki ke, terutama pempuan, hantarlah anak pegi taekwando ke silat...at least berani sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 2.949889 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list