View: 1715|Reply: 3
|
[Tempatan]
'Saya reda terima hukuman ini, parut enam sebatan kini bukti kesalahan saya'
[Copy link]
|
|
Kuantan: "Ini Ramadan kali kesembilan saya merengkok dalam penjara, suasana berpuasa dilalui hambar selepas bergelar banduan," kata Saiful, 51 (bukan nama sebenar).
Dia yang berasal dari Melaka menerima hukuman 18 tahun penjara dan enam sebatan selepas terbukti bersalah merogol gadis bawah umur pada 2016.
Ketika di luar penjara, bapa kepada lima cahaya mata ini mengakui leka dan lupa batasan sebagai pelumba motosikal sehingga terjebak dengan pergaulan sosial tanpa batas.
"Saya reda dengan hukuman berat ini, parut enam sebatan kini menjadi bukti kesalahan yang saya sudah dilakukan.
"Hukuman penjara menyebabkan rumah tangga yang saya bina musnah, isteri memutuskan berpisah dan membawa anak bongsu kami, sementara empat lagi anak membesar tanpa ibu dan bapa di kampung," katanya ketika ditemui, semalam.
Dia yang kini menjalani hukuman di Penjara Penor sejak 2017 berkata, Ramadan yang dilalui setiap tahun hampir sama, dengan menjalankan aktiviti keagamaan seperti membaca al-Quran dan solat tarawih di bilik.
"Aidilfitri tahun lalu, saya berpeluang bertemu keluarga pada program bersemuka.
"Kehadiran anak dapat melepaskan rindu kepada mereka yang kini terpaksa berdikari meneruskan kehidupan tanpa kasih sayang ibu dan bapa," katanya.
Saiful turut menasihatkan golongan remaja supaya menghindari pergaulan tanpa batasan.
"Banyak keburukan boleh berlaku sekiranya tidak dikawal," katanya yang ingin meneruskan perniagaan bengkel motosikal selepas bebas nanti.
Saiful sudah tiga kali membuat permohonan pengampunan namun gagal, dia akan bebas tanpa pengampunan pada 1 Julai 2028.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yang dia rogol yu bohsia ka? Ampun kan ja lah demi anak2 5 orang tu kot2 dia boleh sara lepas keluar nanti.
9 tahun + 6 sebatan tu sounds about enough to me. Unless ada lagi benda lain dia tak cerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian anak2 yang ditinggalkan ibu. dah laa bapak dlm penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ketua keluarga tak guna akal fikiran yg waras dlm menjalani kehidupan, memang pecah belah rumah tangga....it's all on you. |
|
|
|
|
|
|
| |
|