Segelintir pengusaha gemar mengaitkan sesebuah perniagaan yang lingkup dengan unsur mistik, sedangkan sebenarnya ada perkara lain yang mungkin menjadi penyebab perniagaannya tidak mendapat sambutan.
Di Facebook, seorang individu tampil berkongsi pendapatnya mengenai punca mengapa sesetengah perniagaan makanan gulung tikar hanya selepas beberapa bulan beroperasi. "Janganlah kerjanya asyik nak salahkan jin dan syaitan lepastu salahkan bani Melayu sebab tak support. Meh (mari) aku list punca-punca bisnes korang melingkup. "Pertama, tak sedap... masak macam tak guna otak. Contohnya puak-puak yang buat masakan western. Kedai western yang melingkup rata-rata sebab masakannya tahap bebal. Masakan kau pergi ikut ajaran cef Melayu yang sesat, sah-sah la tak sedap dan mengarut. "Kedua, harga mahal tapi kualiti tak ada. Ketiga, kedai masakan panas ni signature dia adalah nasi goreng. Kalau nasi goreng pun gagal nak buat dengan betul, apatah lagi masakan lain," kongsinya.
Selain itu, individu berkenaan juga menegur mengenai suasana sesetengah kedai yang suram dan sendu, selain nama kedai yang diletakkan juga tidak sesuai ataupun gagal menarik perhatian. Tambahnya lagi, satu faktor yang paling penting namun mungkin dianggap remeh adalah layanan terhadap pelanggan. "Pekerja kedai lagi-lagi yang perempuan apabila orang datang jenis muka kelat, senyum pun tidak. Lepas tu apabila pelanggan minta nak air suam, nak sambal belacan, budu extra, nak order lagi... patutnya kena senyum biarpun tak ikhlas. "Terlalu kerap saudara-mara datang sampai separuh kedai penuh, port meja yang best pun customer tak boleh duduk. "Order tak banyak tapi lembab kemain macam order untuk kenduri kahwin. Lepas tu asyik salah hantar order. "Tandas kotor mengalahkan tandas dekat negara ****. Apabila tandas kotor, automatik pelanggan terfikir macam manalah kebersihan pekerja diorang nak uruskan makanan kalau tandas pun kotor," luahnya lagi. Keterangan atau 'dalil' pangang lebar tentang sikap pengusahakan kedai makan itu dikongsikan di laman Facebook Kementerian Netizen Malaysia. "Semua betul lagi-lagi bab tandas. Kebanyakan kedai makan dekat Malaysia gagal bab tandas. Tengok kedai tu bukan main lagi cantik tapi apabila nak masuk tandas, terbantut terus hajat. "Ini memang betul-betul jujur daripada hati. Nasiblah kalau ada yang sentap. Mantap bang! "Seratur peratus tepat. Dah ada orang tulis panjang-panjang untuk aku. Ini kalau tauke kedai tak sedar diri, boleh pergi melingkup," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
kemaruk replied at 31-7-2023 09:12 PM
Kenape golongan woke cuma tolong kemaskan meja dan angkat tray dekat ikea, mekdi, kfc dan restoran2 ...
kemaruk replied at 31-7-2023 09:12 PM
Kenape golongan woke cuma tolong kemaskan meja dan angkat tray dekat ikea, mekdi, kfc dan restoran2 ...
ADVERTISEMENT