CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4015|Reply: 17

Kedai Makan Melingkup- Pengusaha Asyik Salahkan Jin Dan Syaitan, Salahkan Bani Melayu Sebab Tak Support Padahal...

[Copy link]
Post time 31-7-2023 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Segelintir pengusaha gemar mengaitkan sesebuah perniagaan yang lingkup dengan unsur mistik, sedangkan sebenarnya ada perkara lain yang mungkin menjadi penyebab perniagaannya tidak mendapat sambutan.


Di Facebook, seorang individu tampil berkongsi pendapatnya mengenai punca mengapa sesetengah perniagaan makanan gulung tikar hanya selepas beberapa bulan beroperasi.


Gambar Hiasan: Google




"Janganlah kerjanya asyik nak salahkan jin dan syaitan lepastu salahkan bani Melayu sebab tak support. Meh (mari) aku list punca-punca bisnes korang melingkup.


"ertama, tak sedap... masak macam tak guna otak. Contohnya puak-puak yang buat masakan western. Kedai western yang melingkup rata-rata sebab masakannya tahap bebal. Masakan kau pergi ikut ajaran cef Melayu yang sesat, sah-sah la tak sedap dan mengarut.


"Kedua, harga mahal tapi kualiti tak ada. Ketiga, kedai masakan panas ni signature dia adalah nasi goreng. Kalau nasi goreng pun gagal nak buat dengan betul, apatah lagi masakan lain," kongsinya.


Selain itu, individu berkenaan juga menegur mengenai suasana sesetengah kedai yang suram dan sendu, selain nama kedai yang diletakkan juga tidak sesuai ataupun gagal menarik perhatian.


Tambahnya lagi, satu faktor yang paling penting namun mungkin dianggap remeh adalah layanan terhadap pelanggan.


"ekerja kedai lagi-lagi yang perempuan apabila orang datang jenis muka kelat, senyum pun tidak. Lepas tu apabila pelanggan minta nak air suam, nak sambal belacan, budu extra, nak order lagi... patutnya kena senyum biarpun tak ikhlas.


"Terlalu kerap saudara-mara datang sampai separuh kedai penuh, port meja yang best pun customer tak boleh duduk.


"Order tak banyak tapi lembab kemain macam order untuk kenduri kahwin. Lepas tu asyik salah hantar order.


"Tandas kotor mengalahkan tandas dekat negara ****. Apabila tandas kotor, automatik pelanggan terfikir macam manalah kebersihan pekerja diorang nak uruskan makanan kalau tandas pun kotor," luahnya lagi.


Keterangan atau 'dalil' pangang lebar tentang sikap pengusahakan kedai makan itu dikongsikan di laman Facebook Kementerian Netizen Malaysia.


"Semua betul lagi-lagi bab tandas. Kebanyakan kedai makan dekat Malaysia gagal bab tandas. Tengok kedai tu bukan main lagi cantik tapi apabila nak masuk tandas, terbantut terus hajat.


"Ini memang betul-betul jujur daripada hati. Nasiblah kalau ada yang sentap. Mantap bang!


"Seratur peratus tepat. Dah ada orang tulis panjang-panjang untuk aku. Ini kalau tauke kedai tak sedar diri, boleh pergi melingkup," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenape golongan woke cuma tolong kemaskan meja dan angkat tray dekat ikea, mekdi, kfc dan restoran2 urban jah?

Tolong la sekali cuci pinggan kedai nasi lemak, cuci jamban kedai tomyam gak
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pdhl mknn mmg tak sdp
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai yg ada peminta sedekah, ada kugiran2, paksa derma, tak sedap xde sayur ai x masuk
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 31-7-2023 09:12 PM
Kenape golongan woke cuma tolong kemaskan meja dan angkat tray dekat ikea, mekdi, kfc dan restoran2  ...

Aiyoh klu masuk dapur kedai nasi lemak, kedai tomyam, mau nampak dinding berkulat, air lantai memercik ke periuk.so dari aib dorg kita nmpak, biarla pekerja dorg je yg buat. Ikea , mcd lain, dh mmg ada tray kt luar. Kedai sentiasa laku, so kenalah hipokrit sikit kemas2 , utk kemudahan bani manusia lain. Tu pun klu baru je abis mkn, nak take 5 cerna makanan kejap pun rs bersalah bila dijeling cepatla berambus.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ke tak? Harga reasonable ke tak?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2023 05:21 AM | Show all posts
klu kena tegur ambil la teguran tu utk improvement… kebersihana pn kena jaga gak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 09:18 AM | Show all posts
sukasti kolahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 09:23 AM | Show all posts
Sikit-sikit relate dengan sihir bagai padahal kedai tak bersih, makanan tak sedap, harga mahal.. Contoh : diri sendiri jijik makan tempat / peralatan kotor, janganlah hidang pelanggan dengan benda kotor.. Dah laa kotor kena bayar pula pastu tak sedap! Harapkan viral saja cam hampeh..

Sorry emosi.. ini berdasarkan pengalaman sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ok je nak support kedai melayu walaupon mahal tapi kualiti kena jaga la. Jangan harap kedai cantik or menu viral je. Ada satu cafe ni agak popular la kat melaka sebab cantik. Masa awal2 dia bukak memang aku agak impressed jugak la sebab menu dia pelbagai & rasa sedap. Lepas PKP aku pergi balik cafe tu, waffle dia liat giler dah macam daging yg frozen setahun pastu ko masak. Kopi dia pon rasa "masam", mungkin cara simpan coffee ground x betul. Last2 2 bulan lepas nampak kat FB dah bungkus sebab kegawatan ekonomi & kurang support lepas pkp.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 10:07 AM | Show all posts
mmg kadang kedai harap viral paid review je...padahal...tah pape je.  kadang kedai melayu ni masak pun lambat.. buka kedai utk lunch, kol 11 pun kdg tak ready lagi. pernah pergi kedai nasi ayam, kol 12, nasi tak masak lagi..apahal, kau jual nasi ayam je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mgu lepas meols pegi kedai makanan western viral. Set dulang. Duduk 5 min dah sampai makanan. Steak sejuk kering, fries mcm dah 10 min goreng..chick grill sejuk dan mcm dan di panaskan byk kali, spegeti rasa mcm bdk umo 9 tahun masak time mak pegi keje shift malam. Gravy masam. Kalau makanan ni meols malas nak komplen suruh tukar yang lain sbb takut kene ludah. Jadi makan je la apa2 yg larat n tak akan mkn kat sana lgi. Never...ever..hahaha...kalau bulan depan tutup, mmg tahu la punca dari tuan kedai tak reti masak utk cust yg byr nak mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 10:29 AM | Show all posts
kemaruk replied at 31-7-2023 09:12 PM
Kenape golongan woke cuma tolong kemaskan meja dan angkat tray dekat ikea, mekdi, kfc dan restoran2  ...

mekdi ikea kehepsi segala tu u kemas sampai kena masuk dapur cuci pinggan ke?
kalau kedai tomyam mamak nasik lemak segala tu pakai pinggan cawan pakai buang, i pun ok je kemas lepas makan..plus i tengok ramai je kemas susun elok-elok pinggan cawan, bersihkan sisa makanan atas meja so waiter datang angkat lap sikit-sikit je..
golongan yang jenis aku dah bayar service TAX buat apa nak angkat buang cuba tengok meja dorang makan..
dari mekdi kehepsi sampai ke tomyam mamak, meja mesti bersepah berlemuih air menjejeh makanan bersepah..



Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 10:33 AM | Show all posts
iols nk cadangkan korg tgk drama siri tajuk the bear kt disney+ hotstar
dlm tu bnyk dia tunjuk bab kebersihan dan disiplin utk run a restaurant
serious rs kedai mkn/restoran kita jauh terkebelakang klu nk compare ape yg dipaparkan dlm siri ni

cuma nk pesan siap2 cerita dia sgt loud
jerit maki dlm restoran tu
tp layan sbb point dorg utk bg yg terbaik pd diner
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
semalam baru ha pi makan kedai wagyu org melayu kecil kecilan. sgt2 sedap!! dan walaupun lokasinya terceruk berdekatan kwsn perumahan tp org ada ja yg pergi sana. cuma x viral so boleh la i menikmati dgn tenang. pizza wagyu pun rm45 je harga. semua sedap sgt2 n guna bahan2 premium. so kesimpulannya makanan kena sedap. wajib yg tu no 1. kalau sgt sedap, location semua tu dah x kira.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 12:04 PM | Show all posts
Pernah pergi makan dekat kedai viral dekat Tiktok dekat Sungai Petani. Menu limited dan harga semangkuk tom yam RM15. Rasa so so je. So memang tak akan pergi dah lepas ni. Viral pun sebab tempat cantiklah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bani melayu kurang jati diri. beli ayam kat pasaraya. makan kat mamak. minum kat stabak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 12:31 PM | Show all posts
aku maleh nak guna perkataan sapot dah skrg ni
kalau elok dan nak sgt makan, aku beli.
kalau tidak, pandai kau la. kau yg nak cari duit.
maka act like a seller. kita yg nak beli ni bukan minta free noks..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.205252 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list