Timbul perselisihan faham antara jemaah surau dan seorang ustaz muda berusia 21 tahun gara-gara kemalangan kecil membabitkan kenderaan yang individu tersebut. Anak lelaki kepada jemaah surau tampil mendakwa ustaz itu berkali-kali menuntut ganti rugi tunai daripada pemandu kereta warga emas hingga menjejaskan kesihatannya.
Anak lelaki warga emas itu kemudian masuk campur dan mula 'menyiasat' tentang kemalangan yang berlaku pada Ramadan lalu. “Katanya ayah saya langgar dia (ustaz). Sekali orang surau beritahu bukan salah ayah. Ayah saya pula dah bayar (ganti rugi) RM200 masa kejadian tu. “Sekarang ustaz tu menuntut bayar cat kereta. Yang aku hangin (marah), setiap kali dia mesej ayah, ayah kena serangan jantung. Ni kali kedua ayah masuk hospital lepas ustaz tu hubungi dia,” dakwanya menerusi bebebang di Twitter. Menerangkan lanjut tentang insiden itu, lelaki berkenaan berkata kemalangan tercetus ketika bapanya sedang mengundurkan kenderaan. Namun tanpa diduga, ustaz berusia 21 tahun yang didakwa tergesa-gesa untuk mengimamkan solat Tarawih itu terus meluru hingga berlakunya kemalangan. “Dia nampak ayah saya reverse, tapi dia main jalan je. Jadinya kereta ustaz tu bercalar panjang. Kemudian, ada jemaah surau tu beritahu yang kenapa ayah bayar sebab bukan salah dia. “Ustaz tu yang tergopoh sebab lambat nak jadi imam. Dia main jalan je walaupun ayah tengah undur. Macam mana dia cakap ayah saya langgar. "Kalau kereta dia statik parking, kemek. Ye, betul tu ayah aku langgar. Ni calar, dia pi menyelit time ayah aku reverse. Saya mulanya malas masuk campur. Ni dah melampau sangat siap ugut-ugut bagai,” katanya lagi. Menerusi bebenang sama lelaki berkenaan berkongsi tangkap layar mesej perbualannya dengan ustaz berkenaan. Malah ustaz itu dikatakan berdolak dalih apabila diajak untuk bersemuka bagi menyelesaikan kemelut antara mereka. “Saya memang teringin nak jumpa ustaz ni. Alamat semua ada dah. Muda lagi baru 21 tahun. Kereta pun nama mak. Tapi masih fikir dia ustaz, malas nak serang dekat rumah. “Daripada bulan Mei saya suruh ayah buat laporan. Tapi ayah tak buat sebab ustaz tu senyap dah, ayah pun lupa. Baru ni dia hantar mesej dekat WhatsApp lagi. Terus ayah kena serangan jantung sampai pengsan dekat kedai,” ujarnya. Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen. Untuk rekod sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah kesudahan perbalahan antara mereka. Sumber: mStar
|
BoongaKertas replied at 31-7-2023 11:54 AM
buat report polis atas gangguan. then block jer number ustaz. merepek sgt calar jer tp beria sgt nak ...
esbok replied at 31-7-2023 04:00 AM
Jangan main2, jumpa yang jenis mcm merak tercabut ekor ni, calar 2 ruas jari boleh gegak gempita.
...
ADVERTISEMENT