Tular lagi berita mengenai kegagalan permainan di taman hiburan. Dalam sebuah video tular yang dirakam pengunjung taman hiburan di Rye Playland, New York, Amerika Syarikat pada Ahad, beberapa individu terperangkap dalam sebuah mesin yang berputar secara mengundur selama 10 minit tanpa henti.
Difahamkan, mesin permainan itu terlebih dahulu berfungsi dengan baik sebelum ia mula berputar dengan kelajuan tinggi dan tidak berhenti mengikut masa ditetapkan. Gusar dengan situasi terbabit, individu lain turut menggesa petugas untuk menghentikan mesin tersebut selain jeritan orang ramai turut kedengaran ketika kejadian. Pengendali mesin itu bagaimanapun gagal mengawal keadaan apabila fius mesin permainan didakwa mengalami kerosakan. Namun, beberapa kru penyelenggaraan kemudiannya dipanggil untuk memutuskan bekalan elektrik di taman hiburan berkenaan sekali gus berjaya menyelamatkan penumpang yang terperangkap.
Pegawai di acara hiburan itu berkata, masalah itu tercetus akibat kerosakan bekalan elektrik pada mesin permainan tersebut dan difahamkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku. Sumber: Majoriti
|
edayildiz replied at 31-7-2023 10:48 AM
takut la nk naikkk...yg kt icity yg berputar kt atas tu kwn i ajakk try i sorg tgu bawah..last last ...
manjalara_01 replied at 31-7-2023 12:27 PM
Naik kuda mana pulak tu? Same la. X perlu paksa diri join kalau org lain semua nk enjoy. Tgk dari ...
edayildiz replied at 31-7-2023 01:01 PM
yg pusing pusing ..apa ek org pgil merry go round tu..haha naikk yg tu je
i xblh ...sejenis ...
manjalara_01 replied at 1-8-2023 08:21 PM
Ya u merry go round, i suke naik merry go round kuda zaman kanak2 dulu mmg enjoy
Tp yg buat traum ...
Pengendali mesin itu bagaimanapun gagal mengawal keadaan apabila fius mesin permainan didakwa mengalami kerosakan.
edayildiz replied at 2-8-2023 01:09 PM
yg alladdin tu mmg menakutkn la..xmmpu i nk try sbb i penakut
ADVERTISEMENT