Tular lagi berita mengenai kegagalan permainan di taman hiburan.
Dalam sebuah video tular yang dirakam pengunjung taman hiburan di Rye Playland, New York, Amerika Syarikat pada Ahad, beberapa individu terperangkap dalam sebuah mesin yang berputar secara mengundur selama 10 minit tanpa henti.
Add Image Caption Here
Difahamkan, mesin permainan itu terlebih dahulu berfungsi dengan baik sebelum ia mula berputar dengan kelajuan tinggi dan tidak berhenti mengikut masa ditetapkan.
Gusar dengan situasi terbabit, individu lain turut menggesa petugas untuk menghentikan mesin tersebut selain jeritan orang ramai turut kedengaran ketika kejadian.
Pengendali mesin itu bagaimanapun gagal mengawal keadaan apabila fius mesin permainan didakwa mengalami kerosakan.
Namun, beberapa kru penyelenggaraan kemudiannya dipanggil untuk memutuskan bekalan elektrik di taman hiburan berkenaan sekali gus berjaya menyelamatkan penumpang yang terperangkap.
Pegawai di acara hiburan itu berkata, masalah itu tercetus akibat kerosakan bekalan elektrik pada mesin permainan tersebut dan difahamkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.
Post time 31-7-2023 10:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ok la tu baru best..exciting...adrenaline rush...boleh cerita kat cucu kau naik roller coaster mengundur sampai kepala terbalik terbalik sebab lain dari yg lain
Post time 31-7-2023 10:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
takut la nk naikkk...yg kt icity yg berputar kt atas tu kwn i ajakk try i sorg tgu bawah..last last i naik kuda je..dr kecik lg mmg i takkan join bnda bnda gini
Post time 31-7-2023 03:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu, ride ni ada kt genting.. tiap kali pi, mesti naik 2,3 kali… mula2 dia laju ke depan.. pastu nanti dia stop, mengundur ke belakang.. tapi klu suh aku naik sekarang memang aku tak nak la…
Tak tau lah ada lagi ke tak ride ni… skang naik genting pon smpi gpo je.. memang lama tak naik smpi atas
Post time 1-8-2023 08:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
edayildiz replied at 31-7-2023 01:01 PM
yg pusing pusing ..apa ek org pgil merry go round tu..haha naikk yg tu je
i xblh ...sejenis ...
Ya u merry go round, i suke naik merry go round kuda zaman kanak2 dulu mmg enjoy
Tp yg buat trauma masa 1st time naik aladdin flying carpet kat sunway lagoon. Trauma seumur hidup. Masa tu kecik lg bila flying carpet naik i terasa badan ni bergerak ke kiri sikit ke kanan skit scary giler! Dlm hati i janji x kan naik any of this stupid rides again