CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Orang Ramai Terkejut 7 Lelaki Bangga Pegang Sepanduk Sokong LGBT

30-7-2023 11:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6489| Komen: 7

Description: Tular video memaparkan tujuh individu lelaki mengadakan perhimpunan aman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara.Dalam rakaman video ya ...
Tular video memaparkan tujuh individu lelaki mengadakan perhimpunan aman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok, @humble_chef15, difahamkan perhimpunan tersebut diadakan pada Sabtu.


Beberapa anggota polis kelihatan berada di lokasi kejadian sambil memerhatikan kumpulan berkenaan meluahkan fahaman mereka.


Bagaimanapun ia menimbulkan rasa kurang senang ramai seolah-olah perhimpunan sebegitu dibernakan diakan secara terbuka di tempat awam.

Selain laungan, peserta perhimpunan itu dilihat memegang sepanduk.

“Ahmadi Agama keamanan dan cahaya mengutuk diskriminasi dan kezaliman terhadap orang-orang LGBT di Malaysia.

“Gay bukan satu jenayah. Jadi gay bukanlah jenayah.

“Tiada siapa yang boleh adili manusia kecuali Tuhan,” demikian antara tulisan yang terpampang di sepanduk kumpulan itu.


Difahamkan, perhimpunan itu diadakan selepas kecoh adegan biadab vokalis kumpulan The 1975 yang dikecam kerana menghina undang-undang negara berkaitan LGBT di Litar Antarabangsa Sepang, 22 Julai lalu.

Sehingga kini video perhimpunan LGBT di pusat beli-belah itu menerima lebih 153, 000 jumlah tontonan.

Jika diteliti pada ruangan komen, orang ramai mempersoalkan bagaimana perhimpunan itu boleh dilakukan.

Hingga kini tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung perhimpunan berkenaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orangkaya99 31-7-2023 12:05 AM
smogr insaf lah.. kaum yang di laknat lgbtq
Quote Binodino 31-7-2023 12:22 AM
Kenapa tak tangkap je walaupun berhimpun secara aman? Perhimpunan ni dapat permit ke walaupun sekadar 7 ekor je yang berhimpun?
Quote Zazama 31-7-2023 12:34 AM
Sedangkan haiwan pun mencari pasangan dari berlainan jantina.
Quote chiyoasuka 31-7-2023 08:01 AM
semoga puak2 ni cepat insaf.
Quote KamikuP 31-7-2023 09:30 AM
Yg pegang sepanduk tu yaa ampon hazabnyer dekkk dah mcm pemandu lori, pekerja rencam dan bapak budak mana ntah depa ambik.. kot ye pun upah le hadek2 lembut yg bersepah kat ig ngan twidder tu pegang sepanduk.. haish.. ekekekeke
Quote lasagna 31-7-2023 11:27 AM
KamikuP replied at 31-7-2023 09:30 AM
Yg pegang sepanduk tu yaa ampon hazabnyer dekkk dah mcm pemandu lori, pekerja rencam dan bapak budak ...

ke yg pgg sepanduk tu pun geng pelangi?


Quote HuoJingJue 31-7-2023 12:26 PM
camne 7 org ni wujud kalo mak bapak dia geng pelangi????

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.046986 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top