CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dibunuh Sepupu Kerana Tolak Lamaran

30-7-2023 10:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6080| Komen: 6

New Delhi: Seorang wanita di New Delhi, India didakwa dibunuh oleh sepupu sendiri selepas menolak untuk berkahwin dengan lelaki tersebut, lapor laman berita Wion News semalam.

Nargis, 23, dikatakan sedang bersedia untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam ketika dia dibunuh.


Suspek, Irfan, sebelum ini pernah dihalau keluarga mangsa kira-kira lima hingga enam tahun lalu kerana mula mengganggu wanita itu selepas dia menumpang di rumah keluarga tersebut. 

Irfan ditahan selepas disyaki membunug Nargis di sebuah taman. - One India

Bapa Nargis, Suljat, yang bekerja sebagai mekanik motosikal berkata, mangsa ialah anak perempuan tunggalnya.

“Saya mahukan keadilan untuknya. Dia (suspek) perlu menerima hukuman berat. Kami tidak akan memaafkannya atas apa yang dia lakukan,” kata Suljat.

Supritendan Chandan Chowdhary berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung satu kes pembunuhan di Taman Vijay Mandal kelmarin, di mana mayat seorang wanita ditemui terbaring di atas tanah.


Sebuah kerusi, batang besi dan beg turut ditemui di sebelahnya. 

Polis menahan suspek di rumahnya di Sangam Vihar kira-kira 7 hingga 8 kilometer dari rumah mangsa. 

Saudara lelaki Nargis, Sameer berkata: “Kira-kira enam bulan lalu, keluarga kami menolak lamaran perkahwinan tertuduh. Kakak saya tidak mahu berkahwin dengannya.”

Menurut polis, perbincangan mengenai perkahwinan antara suspek dan mangsa pernah diadakan tetapi keluarga wanita itu akhirnya tidak merestuinya.

“Dia kemudian berhenti berhubung dengan suspek, dan tindakan itu membuatnya menjadi tidak keruan,” kata polis. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BumpIQ 30-7-2023 11:29 PM
Lawa sikit dari mek yah patut la sepupu sendiri tergamak membunuh

Sedangkan yang tak hensem pun mek yah sanggup tempuh 500km
Quote -Suri- 31-7-2023 01:43 AM
Alahai kesiannya…
Quote BoongaKertas 31-7-2023 08:37 AM
jantan kat india ni mmg lain mcm eh agresif depa ni. iols rasa ni salah adat yg dok mendewakan jantan jer. pompuan dianggap 2nd class human being.
Quote bbi25 31-7-2023 12:38 PM
agresif depa ni
Quote gideoncross 31-7-2023 07:47 PM
BoongaKertas replied at 31-7-2023 08:37 AM
jantan kat india ni mmg lain mcm eh agresif depa ni. iols rasa ni salah adat yg dok mendewakan janta ...

Kelly Ng & Cainis dri zmn dulu mmg suka merendah2 kn kaum prmpuan.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.057315 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top