Susulan pembatalan serta-merta Konsert Good Vibes Festival 2023 pada 22 Julai lalu, Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Fahmi Fadzil bertindak memanggil vendor dan penjaja untuk membuka gerai jualan di acara Kembara Riuh.
Menurut Fahmi, vendor terjejas diberikan tapak secara percuma untuk berniaga sepanjang dua hari acara berlangsung di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Menerusi perkongsian di laman Twitter, Fahmi berkongsi beberapa keping foto memaparkan dirinya beramah mesra dengan vendor dan penjaja yang turut serta dalam acara berkenaan. “Ya, betul. Saya minta panggil vendor GVF untuk buka gerai di Kembara Riuh secara percuma. “Ada sebahagian buka di Kuala Kubu Bharu. Ada sebahagian lain akan buka di RIUH Pulau Pinang hujung minggu depan," katanya. Berkongsi mengenai Kembara RIUH, acara berkenaan dianjurkan oleh salah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), MyCreative Ventures.
Selain jualan makanan dan minuman, terdapat pelbagai aktiviti lain seperti pameran seni, bengkel kreatif, gerai pop up dan persembahan. "Tujuannya untuk merancakkan lagi industri kreatif, seni, dan budaya di Malaysia terutamanya pasca pandemik Covid-19," ujarnya. Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan Fahmi sebagai satu langkah bijak membantu vendor dan peniaga yang terjejas sebelum ini. Pada 22 Julai lalu, Fahmi mengarahkan baki dua hari konsert Good Vibes Festival 2023 di Sepang, Selangor dibatalkan susulan tindakan biadap vokalis kumpulan The 1975. Persembahan kumpulan itu dihentikan serta merta selepas Matty menunjukkan pelbagai aksi kurang ajar dihadapan penonton termasuk memegang botol arak, berada dalam keadaan maduk serta meludah di atas pentas. Tidak cukup dengan itu, Matty menyelar dan menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia sebelum bertindak mencium pemain bass kumpulan itu, Ross McDonalds. Sumber: mStar
|
Perawankota replied at 31-7-2023 12:53 AM
Best ke Riuh tu?
dekmieDandy replied at 31-7-2023 02:11 AM
ramai bbnu/genZ je
tapi local fest
ADVERTISEMENT