CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2646|Reply: 4

Fahmi Fadzil Panggil Vendor Good Vibes 2023, Beri Tapak Percuma Berniaga Di Acara ‘Kembara Riuh’

[Copy link]
Post time 30-7-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Susulan pembatalan serta-merta Konsert Good Vibes Festival 2023 pada 22 Julai lalu, Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Fahmi Fadzil bertindak memanggil vendor dan penjaja untuk membuka gerai jualan di acara Kembara Riuh.


Menurut Fahmi, vendor terjejas diberikan tapak secara percuma untuk berniaga sepanjang dua hari acara berlangsung di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu, Selangor.


Menerusi perkongsian di laman Twitter, Fahmi berkongsi beberapa keping foto memaparkan dirinya beramah mesra dengan vendor dan penjaja yang turut serta dalam acara berkenaan.






“Ya, betul. Saya minta panggil vendor GVF untuk buka gerai di Kembara Riuh secara percuma.


“Ada sebahagian buka di Kuala Kubu Bharu. Ada sebahagian lain akan buka di RIUH Pulau Pinang hujung minggu depan," katanya.


Berkongsi mengenai Kembara RIUH, acara berkenaan dianjurkan oleh salah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), MyCreative Ventures.


Selain jualan makanan dan minuman, terdapat pelbagai aktiviti lain seperti pameran seni, bengkel kreatif, gerai pop up dan persembahan.


"Tujuannya untuk merancakkan lagi industri kreatif, seni, dan budaya di Malaysia terutamanya pasca pandemik Covid-19," ujarnya.


Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan Fahmi sebagai satu langkah bijak membantu vendor dan peniaga yang terjejas sebelum ini.


Pada 22 Julai lalu, Fahmi mengarahkan baki dua hari konsert Good Vibes Festival 2023 di Sepang, Selangor dibatalkan susulan tindakan biadap vokalis kumpulan The 1975.


Persembahan kumpulan itu dihentikan serta merta selepas Matty menunjukkan pelbagai aksi kurang ajar dihadapan penonton termasuk memegang botol arak, berada dalam keadaan maduk serta meludah di atas pentas.


Tidak cukup dengan itu, Matty menyelar dan menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia sebelum bertindak mencium pemain bass kumpulan itu, Ross McDonalds.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Vavavah.

Good job Fahmi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Best ke Riuh tu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 10:11 AM | Show all posts

ramai bbnu/genZ je

tapi local fest
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 01:43 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 31-7-2023 02:11 AM
ramai bbnu/genZ je

tapi local fest

ye la, Gen Y & Baby Boomers semua dah gi tengok konsert Muse & Art Of Speed. Lokasi pun dekat-dekat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.053830 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list