Pelakon Shakilla Khoriri tampil menjawab beberapa tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan yang mengatakan dia kononnya berrcinta dengan suami orang. Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, berkata dia kecewa dan berasa sedih apabila melihat keluarganya turut terkesan dengan fitnah yang disebarkan itu.
Malah, dia menegaskan lelaki yang dikaitkan itu bukanlah suami orang, sekaligus menafikan dakwaan dirinya seorang perampas. "Saya kecewa apabila melihat emak saya menangis. Gambar yang dikongsi itu adalah gambar lama. Awak pasti ke dia itu suami orang? "Saya ada bukti dia pernah jadi suami orang... gambar itu pada bulan Ogos dan September dan ketika itu dia memang sah bukan lagi suami orang,” katanya menerusi temu bual bersama Melodi pada Ahad. Dalam pada itu, pelakon drama Adam dan Hawa ini juga turut memohon maaf atas tersebarnya foto mesra dia bersama lelaki berkenaan.
Mengakui kesilapan yang dilakukan, Shakilla memberitahu foto yang tersebar itu merupakan gambar peribadi yang dicuri daripada telefon bimbitnya. "Mengenai gambar mesra, saya minta maaf. Itu memang khilaf saya, tidak sepatutnya saya melakukan perkara itu. "Apa yang saya rasa tidak boleh dimaafkan, awak mencuri gambar peribadi saya. "Saya boleh mendakwa awak atas kesalahan mencuri, menyebar dan isi kandungan emel awak yang mengatakan saya mengikis duit suami orang," ujarnya.
|
blekkep replied at 30-7-2023 07:52 PM
aiols rase x lame lg kawen kt siam depa nie..betine nie mmg s*ndal yachhh dr before kawen dok try ...
ADVERTISEMENT