CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada ke orang berani bercinta dengan saya?" - Ellie Suriaty

30-7-2023 11:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4857| Komen: 36

Pelakon lama, Ellie Suriaty mendedahkan dia masih menjalani kehidupan solo dan belum bertemu pengganti selepas bercerai dengan Azri Iskandar.

Menerusi temubual bersama hLive, Ellie tergelak apabila diajukan pertanyaan mengenai 'boyfriend'.



"Tak payahlah cerita pasal saya. Seriously, ada ke orang berani bercinta dengan saya? Orang tak berani dekati saya sebab banyak persepsi.

"Dan saya pun tak keluar pergi mana-mana yang ramai manusia. Saya pula sibuk dengan penggambaran, hadiri meeting dan perbincangan dengan team, krew. Tiada masa untuk bercinta," katanya.

Tambahannya lagi, antara sebab dia masih tidak bercinta kerana lebih suka duduk di rumah serta terlalu sibuk dengan kerjanya.

Pelakon hebat itu berkata kini dia lebih memilih untuk fokus kepada anak-anak daripada mempunyai pasangan hidup baru tetapi tetap mendoakan agar bekas suami, Azri Iskandar bertemu jodoh yang baik-baik.



Sumber: Beautifulnara, IG hLive

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 30-7-2023 11:28 AM
Mestilah ada kak
Quote orangbiasaje 30-7-2023 11:31 AM
Takpe la sis...better sendiri drpd menanggung buawak hidup. Yang dah diceraikan pun masih meminjam duit...
Quote dudaberhias 30-7-2023 11:34 AM
Khennnn... Ada ke yang berani nak bercinta dengsn bandi amuk???

Jap lagi dia bawak keluar mikrofon dengan nyanyi suara metal ala2 jin tanah...

Habis terkejut beruk seko2...

Quote Burong_Hantuk 30-7-2023 12:39 PM
she tetap selekeh sekian
Quote jerukkedondong 30-7-2023 02:27 PM
she nampak okey sikit..kalau tak ya hampun selekeh dan hazab
Quote Piramida 30-7-2023 02:54 PM
Ada...
Ada je lelaki yg suka pompuan selekeh.
Quote Farnor 30-7-2023 03:02 PM
Ramai keliling guwe ni..cinta2 sesama umur veteran..kalah bbnu kak oi.. Ellie skrg dah elok kemas pun..tang selekeh..dlu masa jd bini tu mmg serabut.
Quote bedahmenjuyah 30-7-2023 03:04 PM
Dah nampak terurus sikit so ok je kalau ada cinta baru jgn cari anak hekan sudahlah. Cuma kalau dia ngamuk mcm kat depan court ms kes jibby dulu ya ampun... mmg tak cukup tanah la jejans tu menyelamatkan diri.
Quote bbalik 30-7-2023 03:17 PM
biawak mcm datin azri khen ramai
Quote wikedsaikel 30-7-2023 03:24 PM
Mat saleh suka style muka camni. Cati yg ada banyak wang la kakak.
Quote vee_zara 30-7-2023 04:51 PM
Bukan tak berani. Tp tak hengen weh. Bau rokok kuat ngat
Quote kalchi 30-7-2023 05:28 PM
wikedsaikel replied at 30-7-2023 03:24 PM
Mat saleh suka style muka camni. Cati yg ada banyak wang la kakak.

Yep di mata omputeh mmg laku acik ellie.
Quote addamnor 30-7-2023 06:37 PM
Sheols kepam kusam nikotin stain kan.. bukan jenis kepam kusam sbb tak dak masa nak bersiap sbb terpaksa jadi mak mak menanggung anak skolah
Quote makita 30-7-2023 06:57 PM
In sha Allah ada. Makcik Ellie ni nampak seorang yg baik, protected, pandai jaga org2 sekeliling dia. Cumakan dia terjumpa lelaki yg mmg gunakan sifat baik dia tu je. Moga Allah kurniakan lelaki yg batul2 baik, ikhlas dan terima seadanya mcik Ellie ni.
Quote hareeeesah 30-7-2023 07:52 PM
Ate jadi pah bedah pun ok je org suka.. terhibur.. jgn serious sgt
Quote TomyamPuteh 30-7-2023 07:53 PM
Ada la kak. Ko tu jenis kuat kerja. Pandai cari duit.
Quote ciksom 30-7-2023 08:13 PM
makita replied at 30-7-2023 06:57 PM
In sha Allah ada. Makcik Ellie ni nampak seorang yg baik, protected, pandai jaga org2 sekeliling dia ...

Aku pun rasa dia baik je. Suka tolong orang.sampai Duda pun masih ambil kesempatan. Sekarang dah tak nampak busuk sangat. Semoga jumpa jodoh yg baik baik.
Jangan mengamuk dah la. Aku tergamam kalau tengok dia mengamuk hari tu.
Quote ina_na 30-7-2023 08:46 PM
Boleh la skrg ni kembangkan kerjaya dia di luar negara..dia ni kalo belah2 barat mmg terlajak laris la...natural beauty dia org panggil..dgn pandai berlakon nye..X yah dah la join politik2..  berlakon je sudah walaupun kadang2 x sanggup nk tgk sbb sakit ati...
Quote zuri154 30-7-2023 09:22 PM
Achik ni punye dailog "dalam hati ada cinta".... kemain berebutkan ako mustapa dari acik paduka

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.293779 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top