Kemaman: "Saya hanya mahu tahu status saya sebab sudah hampir sembilan bulan saya digantung tidak bertali. "Ada desas-desus mengatakan saya sudah dicerai, namun sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang dokumen penceraian itu," kata wanita yang dikenali sebagai Ezza Suria Muda, 38.
Ezza mendakwa sikap suami yang juga seorang calon di Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu. Menurut Ezza Suria, suaminya yang berusia lewat 40-an itu adalah penyandang kerusi DUN dan didakwa mendiamkan diri selepas rahsia perkahwinan mereka di negara jiran diketahui isteri pertama lelaki terbabit pada Oktober tahun lalu. "Selepas kantoi, dia (suami) berjanji memujuk isteri pertamanya untuk menyelesaikan perkara berkenaan dengan cara baik, namun sebaliknya pula yang berlaku. "Saya kemudiannya berkahwin dengan ahli politik itu di Thailand pada Mac 2022 dengan ditemani dua rakan kami," katanya.
Ditanya sama ada pendedahannya itu berniat untuk menjatuhkan karier ahli politik terbabit pada PRN kali ini, Ezza Suria berkata, dia tidak berniat berbuat demikian dan sudah lama berusaha mendapatkan penjelasan daripada lelaki itu, namun gagal. Menurutnya, beberapa bulan lalu, dia ada berjumpa beberapa orang pemimpin 'senior' parti berkenaan untuk mengadu masalah itu selain bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian secara baik. "Tetapi, apabila diajak bersemuka, suami saya enggan bekerjasama dan sehingga kini tiada penyelesaian," katanya. Beberapa hari lalu, hangat di media sosial apabila ada netizen yang mempersoalkan keputusan kepimpinan parti mencalonkan semula ahli politik itu pada PRN kali ini. Sementara itu, calon PRN terbabit ketika ditemui pemberita selepas penamaan calon di sini, hari ini enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan. "Insya-Allah...kita akan mengambil tindakan. Insya-Allah...Allah bersama kita," jawabnya ringkas. Sumber: Harian Metro |
Lentera replied at 29-7-2023 05:28 PM
Bini bernombor? Nasib ko laaa.. Tu yg ko pilih kan
noor2 replied at 29-7-2023 05:45 PM
Kalau dgn bini pun dia x jaga kebajikan , ini kan pada rakyat yg x de kena mengena...
SalenaGomez replied at 29-7-2023 06:43 PM
Boleh tahan background wife no 2…bila SG google, ada kes pemalsuan dokumen bulan mac 2023
noor2 replied at 29-7-2023 06:59 PM
Ohhhh kisahnya....materialistik
edayildiz replied at 30-7-2023 12:58 PM
kesiannya nsb isteri kt malaysia ni ye..bila tgk org sekeliling xhappy i pun mcm krik krik je nk kaw ...
Tinot7 replied at 30-7-2023 01:33 PM
Ramai kott mcm ni.. ada satu tu somi tak amik kisah kalau anak ada duit ke dak pi skolah.. so bini ...
noor2 replied at 29-7-2023 05:45 PM
Kalau dgn bini pun dia x jaga kebajikan , ini kan pada rakyat yg x de kena mengena...
ADVERTISEMENT