Tular sebuah hantaran di Facebook mengenai pertanyaan seorang lelaki berhubung hukum isteri yang nusyuz. Katanya, dia ingin bercerai kerana isterinya bersikap kurang ajar selain sentiasa menolak ajakan untuk 'bersama'. "Sudah setahun kahwin tapi isteri masih dara sebab sentiasa menolak (ajakan bersama) sampai suami tawar hati," katanya. Justeru, dia bertanya sama ada kes dihadapinya itu boleh dikategorikan sebagai kes nusyuz. Hantaran itu meraih perhatian ramai dengan pelbagai reaksi. Ada yang berkata, isterinya mungkin mengalami gejala penyakit Vaginismus (kekejangan otot faraj yang tidak disengajakan). - CARI |
ADVERTISEMENT