CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Calon PN Sama Universiti, Pas Mohon Maaf Kesilapan Teknikal Pada Poster

29-7-2023 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1825| Komen: 19

Berikutan kesilapan teknikal pada poster latar belakang empat calon Perikatan Nasional (PN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kedah tampil memohon maaf.

Ketua Penerangan parti itu, Mohd Azam Abd Samat berkata, pihak penganjur sama sekali tidak berniat memberi maklumat tidak tepat.




Difahamkan, profil keempat-empat calon PN bagi Dun Kedah itu mempunyai maklumat yang sama pada bahagian latar belakang pendidikan.

Poster berkenaan menunjukkan individu tersebut pernah melanjutkan pelajaran di universiti yang sama iaitu, Marshall University, Amerika Syarikat.

Jelas Mohd Azam, kesilapan tersebut berpunca daripada kesilapan pereka grafik yang bertindak menggunakan templat rekaan poster profil yang sama.

"Terdapat empat calon menggunakan latar belakang pendidikan sama. Ia berlaku kerana kesilapan pereka menggunakan 'template' yang sama tetapi tidak menukar butiran calon lain.


"Bagaimanapun, kesilapan hanya berlaku pada paparan skrin tetapi tidak berlaku kesilapan ketika latar belakang calon dibacakan oleh pengacara majlis.

"Pihak penganjur sama sekali tidak berniat untuk memberi maklumat yang tidak tepat dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

PAS kemudiannya difahamkan telah mengemukakan profil baharu yang diperbetul. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 29-7-2023 03:42 PM
Budak2 grafik mmg gitu, lebih2 lagi dapat due date bagi hari ni nak siap semalam. Iols setuju dan tak nafi boleh berlaku Salah macam ni.
Tapi, kesalahan lebih besar pada tukang yg approve sampai lepas keluar.
Quote caprut 29-7-2023 03:45 PM
Zuraida pon dlu pnh kantoi menipu
Quote Antifake 29-7-2023 04:08 PM
X dak QC kaaa .. dek oii buat malu aje
Quote pinggan 29-7-2023 04:13 PM
Akibat copy & paste
Quote putericahaya999 29-7-2023 04:16 PM
Degreee palsu ke
Quote CiliPadiSedap 29-7-2023 04:23 PM
caprut replied at 29-7-2023 03:45 PM
Zuraida pon dlu pnh kantoi menipu

graduate singapon
Quote Samerosie 29-7-2023 04:24 PM
Dzowahir dgn rashidi punya kerjaya pun sama.
Quote doubleharmonic 29-7-2023 04:38 PM
dekat poster pon dah menipu. apa lagi nanti segala menipusto janji2 capati semua pon penuh menipu je lah kan babi
Quote eLiaD 29-7-2023 04:47 PM
stupid jokes don't even need a punch line to be funny kahkahkah



RiPboooooo
Quote alahai 29-7-2023 04:50 PM
Radhi mat din tu main bola ja, masa mananya yg dia sambung belajaq
Quote nikaido 29-7-2023 04:58 PM
alahai replied at 29-7-2023 04:50 PM
Radhi mat din tu main bola ja, masa mananya yg dia sambung belajaq

zaman radhi mat din ni, kelab2 bola malaysia ada dlm game fifa. ingat lg boleh pilih radhi, manja man,andre luis nasimento
Quote sambaldurian 29-7-2023 05:03 PM
Amboi Pas, konon belajar amerika2 , tmpat liberal. Bila nk memerintah ikut ala2 Iran pulak.
Quote zehra2 29-7-2023 05:18 PM
rasa nya org kedah lebih kenal calon2 ni.
silap cetak je.
Quote Denco 29-7-2023 05:24 PM
Nampak sgt gelojoh buat keje
Quote Udangpetai 29-7-2023 11:20 PM
Kadang x paham apa yg dipikernya. Ingat org x leh google ke

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057873 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top