View: 1758|Reply: 15
|
4 Calon PN Sama Universiti, Pas Mohon Maaf Kesilapan Teknikal Pada Poster
[Copy link]
|
|
Berikutan kesilapan teknikal pada poster latar belakang empat calon Perikatan Nasional (PN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kedah tampil memohon maaf.
Ketua Penerangan parti itu, Mohd Azam Abd Samat berkata, pihak penganjur sama sekali tidak berniat memberi maklumat tidak tepat.
Difahamkan, profil keempat-empat calon PN bagi Dun Kedah itu mempunyai maklumat yang sama pada bahagian latar belakang pendidikan.
Poster berkenaan menunjukkan individu tersebut pernah melanjutkan pelajaran di universiti yang sama iaitu, Marshall University, Amerika Syarikat.
Jelas Mohd Azam, kesilapan tersebut berpunca daripada kesilapan pereka grafik yang bertindak menggunakan templat rekaan poster profil yang sama.
"Terdapat empat calon menggunakan latar belakang pendidikan sama. Ia berlaku kerana kesilapan pereka menggunakan 'template' yang sama tetapi tidak menukar butiran calon lain.
"Bagaimanapun, kesilapan hanya berlaku pada paparan skrin tetapi tidak berlaku kesilapan ketika latar belakang calon dibacakan oleh pengacara majlis.
" ihak penganjur sama sekali tidak berniat untuk memberi maklumat yang tidak tepat dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
PAS kemudiannya difahamkan telah mengemukakan profil baharu yang diperbetul.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 grafik mmg gitu, lebih2 lagi dapat due date bagi hari ni nak siap semalam. Iols setuju dan tak nafi boleh berlaku Salah macam ni.
Tapi, kesalahan lebih besar pada tukang yg approve sampai lepas keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Zuraida pon dlu pnh kantoi menipu |
|
|
|
|
|
|
|
X dak QC kaaa .. dek oii buat malu aje |
|
|
|
|
|
|
|
Dzowahir dgn rashidi punya kerjaya pun sama. |
|
|
|
|
|
|
|
dekat poster pon dah menipu. apa lagi nanti segala menipusto janji2 capati semua pon penuh menipu je lah kan babi |
|
|
|
|
|
|
|
stupid jokes don't even need a punch line to be funny kahkahkah
RiP boooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Radhi mat din tu main bola ja, masa mananya yg dia sambung belajaq |
|
|
|
|
|
|
|
alahai replied at 29-7-2023 04:50 PM
Radhi mat din tu main bola ja, masa mananya yg dia sambung belajaq
zaman radhi mat din ni, kelab2 bola malaysia ada dlm game fifa. ingat lg boleh pilih radhi, manja man,andre luis nasimento |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi Pas, konon belajar amerika2 , tmpat liberal. Bila nk memerintah ikut ala2 Iran pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nya org kedah lebih kenal calon2 ni.
silap cetak je. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sgt gelojoh buat keje |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang x paham apa yg dipikernya. Ingat org x leh google ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|