CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Sanggup Bayar Anak Sendiri Ribuan Ringgit Untuk Keluar Dating Dengan 100 Lelaki Berbeza

29-7-2023 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1592| Komen: 6

WASHINGTON – Seorang influencer di negeri Utah mendedahkan bahawa ibu mereka membayar saudara perempuannya AS$500 (RM2,278) untuk keluar temu janji bersama 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin.

MailOnline melaporkan Alyse Carolyn kerap berkongsi video tutorial rambut di akaun TikTok miliknya dan mempunyai  lebih 306,000 pengikut.

Namun, baru-baru ini Alyse berkongsi sesuatu lebih peribadi dengan berkata, saudara kandungnya yang tidak dinamakan itu menerima AS$500 daripada ibu mereka  semata-mata bagi menghadiri sebanyak 100 janji temu sebelum berkahwin.

Foto: via Kosmo

Dalam klip video mengenainya yang tular itu, Carolyn menunjukkan keluarganya meraikan kejayaan saudara perempuannya menghadiri 100 temu janji itu dengan menyediakan dua kek.

Terdapat dua kek di atas meja dengan yang pertama mempunyai lilin membentuk angka ‘100’,  manakala kek kedua tertera perkataan ‘YAY.’


Dia menyertakan kapsyen bermaksud: “Apabila ibu anda membayar saudara perempuan anda AS$500 untuk menghadiri 100 temu janji dengan 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin.”

Walaupun tidak menunjukkan wajah atau mendedahkan nama saudara perempuannya, Alyse  menunjukkan senarai lelaki yang ditemui wanita berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit.

Netizen membanjiri ruangan komen dan memuji ibu Alyse kerana memberitahu anak perempuannya bahawa dia sentiasa mempunyai pilihan untuk mencari lelaki yang sesuai sebagai suami. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 29-7-2023 12:03 PM
Usd5 utk setiap date..
Quote chiyoasuka 30-7-2023 02:41 AM
itu tandanya nak kena suruh kahwin dah tu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.190450 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top