CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1598|Reply: 2

Ibu Sanggup Bayar Anak Sendiri Ribuan Ringgit Untuk Keluar Dating Dengan 100 Lelaki Berbeza

[Copy link]
Post time 29-7-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON – Seorang influencer di negeri Utah mendedahkan bahawa ibu mereka membayar saudara perempuannya AS$500 (RM2,278) untuk keluar temu janji bersama 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin.


MailOnline melaporkan Alyse Carolyn kerap berkongsi video tutorial rambut di akaun TikTok miliknya dan mempunyai  lebih 306,000 pengikut.


Namun, baru-baru ini Alyse berkongsi sesuatu lebih peribadi dengan berkata, saudara kandungnya yang tidak dinamakan itu menerima AS$500 daripada ibu mereka  semata-mata bagi menghadiri sebanyak 100 janji temu sebelum berkahwin.



Foto: via Kosmo





Dalam klip video mengenainya yang tular itu, Carolyn menunjukkan keluarganya meraikan kejayaan saudara perempuannya menghadiri 100 temu janji itu dengan menyediakan dua kek.


Terdapat dua kek di atas meja dengan yang pertama mempunyai lilin membentuk angka ‘100’,  manakala kek kedua tertera perkataan ‘YAY.’


Dia menyertakan kapsyen bermaksud: “Apabila ibu anda membayar saudara perempuan anda AS$500 untuk menghadiri 100 temu janji dengan 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin.”


Walaupun tidak menunjukkan wajah atau mendedahkan nama saudara perempuannya, Alyse  menunjukkan senarai lelaki yang ditemui wanita berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit.


Netizen membanjiri ruangan komen dan memuji ibu Alyse kerana memberitahu anak perempuannya bahawa dia sentiasa mempunyai pilihan untuk mencari lelaki yang sesuai sebagai suami. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Usd5 utk setiap date..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 02:41 AM | Show all posts
itu tandanya nak kena suruh kahwin dah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 1.379780 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list