Seorang wanita kecewa apabila mendapati sebuah sofa terpakai dijual pada harga yang tidak masuk akal. Sofa dengan tiga tempat duduk itu dipamerkan pada harga RM500 di Carousell, sebuah platform yang sinonim dengan urusan jual beli barangan baharu dan terpakai.
Situasi menjadi lebih panas apabila sofa tersebut didakwa diberikan secara percuma kepada penjual oleh pemilik asal. "Ya aku bitter (tak puas hati). Orang tu bagi free dekat grup Facebook. Dia dapat, lepas tu pergi jual balik dekat Carousell. "Dah la gambar dekat Carousell pun pakai gambar yang pemilik asal letak dalam grup Facebook, tak ada usaha langsung nak gambar ambil sendiri. "Yang terbaharu aku tengok, dia dah naikkan harga tu jadi RM600," ciapnya di Twitter. Menyedari mungkin apa yang dilakukannya itu salah, penjual tersebut kemudianya dikatakan telah memadam hantarannya itu di platform Carousell.
"Dia pun dah delete post tu. Tak ada dah dekat Carousell. Iktibarnya, korang jual je la semula kalau rasa benda tu OK. "Cumanya, usaha la sikit ambil gambar sendiri. Jangan benak pemalas sangat pergi post gambar yang sama. Begitu je boleh kantoi," kata wanita itu sinis. Di ruangan komen seorang warga maya memberikan pandangannya dalam hal itu. "Dari segi perundangan, dia tak salah nak buat macam tu. Tapi tak beretika la. Tinggi juga dia naikkan harga tu," kata warga maya tersebut. Wanita itu yang dipercayai mengenali pemilik sofa tersebut secara peribadi mengatakan niat individu berkenaan mahu memberikan sofa itu kepada mereka yang benar-benar memerlukan. "Pemilik tu dah cakap, dia tak nak bagi dekat orang yang ada niat nak jual sofa tu. Dia nak bagi dekat orang yang betul nak pakai dan memerlukan. "Ini perbualan saya dengan pemilik tu, dia cakap, saya bagi dia free, bukan untuk dijual," kata wanita itu menjelaskan situasi. Beberapa warga maya lain juga menzahirkan ketidakpuasan hati dengan apa yang berlaku. "Untung atas angin macam tu je. Semua orang nak buat duit tapi bukan begini caranya. "Pemilik dah bagi kepercayaan dan amanah untuk pakai sofa tu tapi dia masih nak jual, kalau tak memerlukan jangan ambil. Ada ramai lagi yang nak," kata warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
Atata replied at 28-7-2023 03:47 AM
Group buy nothing lah ni. Strictly no buying or selling kot sesapa yg join group ni. Kalau kedapatan ...
dua_chzy replied at 28-7-2023 12:07 PM
Daerah aiol start buat buy nothing project ni ala2 tamu since June. Yang positif tu bila golongan ...
Atata replied at 28-7-2023 05:47 AM
Tidak malu betul buat perangai begitu baru libatkan anak lagi. Pencuri la ba tu. Mcmana konsep buy ...
dua_chzy replied at 28-7-2023 02:37 PM
Mana boleh cop2 barang. Choi punya perangai.
Sini yang jadi ketua tu senior sy dulu di sekolah ...
Samerosie replied at 28-7-2023 04:07 PM
I memang bila buat spring cleaning akan advertise kat taman punya fb siapa nak. Sebelum bagi I kasi ...
krustykrab replied at 28-7-2023 04:35 PM
Kalau penderma tak kisah tak pe. Tp kalau dia dah mention beforehand tk boleh jual, tak baik la bu ...
KamikuP replied at 28-7-2023 04:56 PM
Bru meolls tau ada grup buy nothing kat fb. Thank you gais.. love uolls.. nak clearkan rumah semak g ...
dua_chzy replied at 28-7-2023 12:07 PM
Daerah aiol start buat buy nothing project ni ala2 tamu since June. Yang positif tu bila golongan ...
Atata replied at 28-7-2023 11:47 AM
Group buy nothing lah ni. Strictly no buying or selling kot sesapa yg join group ni. Kalau kedapatan ...
krustykrab replied at 28-7-2023 05:54 PM
Lama dah group tu wujud chuols... Iols pun ada gk bagi brg kt situ. Prnh gak request novel org off ...
anony-mous replied at 28-7-2023 06:08 PM
Klau mcm ni mmg x fair la. Ingat kan dia dpt free tu dari sedara mara or kwn2. Sbb rules dah state ...
ADVERTISEMENT