CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5051|Reply: 38

Untung Atas Angin, Individu Kantoi Jual Sofa, "Dapat Free Hasil Ihsan Pemilik Dulu Tapi Dia Jual Balik Sampai RM600"

[Copy link]
Post time 28-7-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita kecewa apabila mendapati sebuah sofa terpakai dijual pada harga yang tidak masuk akal.


Sofa dengan tiga tempat duduk itu dipamerkan pada harga RM500 di Carousell, sebuah platform yang sinonim dengan urusan jual beli barangan baharu dan terpakai.


Situasi menjadi lebih panas apabila sofa tersebut didakwa diberikan secara percuma kepada penjual oleh pemilik asal.


Foto: mStar




"Ya aku bitter (tak puas hati). Orang tu bagi free dekat grup Facebook. Dia dapat, lepas tu pergi jual balik dekat Carousell.


"Dah la gambar dekat Carousell pun pakai gambar yang pemilik asal letak dalam grup Facebook, tak ada usaha langsung nak gambar ambil sendiri.


"Yang terbaharu aku tengok, dia dah naikkan harga tu jadi RM600," ciapnya di Twitter.


Menyedari mungkin apa yang dilakukannya itu salah, penjual tersebut kemudianya dikatakan telah memadam hantarannya itu di platform Carousell.


"Dia pun dah delete post tu. Tak ada dah dekat Carousell. Iktibarnya, korang jual je la semula kalau rasa benda tu OK.


"Cumanya, usaha la sikit ambil gambar sendiri. Jangan benak pemalas sangat pergi post gambar yang sama. Begitu je boleh kantoi," kata wanita itu sinis.


Di ruangan komen seorang warga maya memberikan pandangannya dalam hal itu.


"Dari segi perundangan, dia tak salah nak buat macam tu. Tapi tak beretika la. Tinggi juga dia naikkan harga tu," kata warga maya tersebut.


Wanita itu yang dipercayai mengenali pemilik sofa tersebut secara peribadi mengatakan niat individu berkenaan mahu memberikan sofa itu kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


"emilik tu dah cakap, dia tak nak bagi dekat orang yang ada niat nak jual sofa tu. Dia nak bagi dekat orang yang betul nak pakai dan memerlukan.


"Ini perbualan saya dengan pemilik tu, dia cakap, saya bagi dia free, bukan untuk dijual," kata wanita itu menjelaskan situasi.


Beberapa warga maya lain juga menzahirkan ketidakpuasan hati dengan apa yang berlaku.


"Untung atas angin macam tu je. Semua orang nak buat duit tapi bukan begini caranya.


"emilik dah bagi kepercayaan dan amanah untuk pakai sofa tu tapi dia masih nak jual, kalau tak memerlukan jangan ambil. Ada ramai lagi yang nak," kata warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Group buy nothing lah ni. Strictly no buying or selling kot sesapa yg join group ni. Kalau kedapatan kau jual balik barang yang kau dapat memang terus kena block seumur hidup. Admin group buy nothing iols very the strict ok, mcm pulis. Bukan apa, kdg ada org betul2 memerlukan benda tu tapi tak dapat, tapi yang lucky ones ni dah dapat tp dia jual, so tak adil la utk yg betul2 memerlukan dah  x ada duit tu. So please la jangan tamak, be nice to everyone, fikir sikit orang yang memerlukan. Jangan request kalau tak perlu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang aiol benci dengan sampah sarap parasit yang ambik barang free dari free market tapi dia babi pi jual balik.

Ntah la. Akak ghasa it is morally wrong but some don't mind ai guess.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 28-7-2023 03:47 AM
Group buy nothing lah ni. Strictly no buying or selling kot sesapa yg join group ni. Kalau kedapatan ...

Daerah aiol start buat buy nothing project ni ala2 tamu since June. Yang positif tu bila golongan yang betul2 memerlukan dapat barang2 free buat meka hepi, kita pun hepi. Macam ada sorang budak miskin ni kata nak ambil banyak2 baju nak bagi mak dia.

Tapi perangai sial pun hada. Seperti, free market belum buka dah hada yang soh anak dia pi curi bungkusan comforter. Cepat2 lari masuk kereta pula tu dengan mak pak dah tumggu kat kereta. Yang rembat barang personal orang2 yang memberi kat free market tu pum hada. Manusia. Kalau tak sial, tak sah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 28-7-2023 12:07 PM
Daerah aiol start buat buy nothing project ni ala2 tamu since June. Yang positif tu bila golongan  ...

Tidak malu betul buat perangai begitu baru libatkan anak lagi. Pencuri la ba tu. Mcmana konsep buy nothing tamu d daerah chuols? Kalau yang d sini ni guna FB jak, kita member group tu post la barang yang kita mau kasi and kasitau kita d area mana pastu nanti siapa yang mau tu dia komen atau pm la then kita kasi location rumah. Letak ja d luar rumah nanti pandai2 lah dorang datang ambil. Cuma yang bikin panas tu kalau barang yang hot stuff ramai yg mau, sepa yang nda dpt tu terus butthurt. Tlengong owh.. suka hati kita la mau kasi sama siapa kita suka. Terus claim2 konok dia yg first komen. Jadiii? Kalau first komen pun tapi kalau sy tidak mau kasi sama kau kenapa la. Macam2 gaya dorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 28-7-2023 06:39 AM
Atata replied at 28-7-2023 05:47 AM
Tidak malu betul buat perangai begitu baru libatkan anak lagi. Pencuri la ba tu. Mcmana konsep buy ...


Mana boleh cop2 barang. Choi punya perangai.

Sini yang jadi ketua tu senior sy dulu di sekolah. Diorang kasi nama 'XXX (nama daerah) Free Market'. Ada la AJK dia. Diorang apply permit then buka tikar/payung di area parking lot kereta tempat event tu. Berhubung dengan penderma melalui group Whatsapp. Memang macam di tamu la suasana. Sy belum berkesempatan join, mudah2an gathering kali ketiga boleh join.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 28-7-2023 02:37 PM
Mana boleh cop2 barang. Choi punya perangai.

Sini yang jadi ketua tu senior sy dulu di sekolah ...

Alhamdulillah usaha tu dapat membantu orang2 yang memerlukan, dan dapat tolong clearkan rumah kita juga dari benda2 yang tidak berpakai. Dari terbiar cluttering, better kasi orang pakai. Atau dari terbuang pegi tempat pelupusan sampah, bagus kasi orang
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju ada stain skit pun jual rm15.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 04:07 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 28-7-2023 04:08 PM

I memang bila buat spring cleaning akan advertise kat taman punya fb siapa nak.  Sebelum bagi I kasi basuh atau lap elok2.  Baru2 ni gave away kasut sekolah hitam dua pasang brand karrimor sebab anak I dah tak muat tapi still elok mcm tak pakai since sekolah anak I, masuk class buka kasut (time tu la) and PE kat dalam gym pakai kasut lain.  I inform siapa first komen I kasi kalau first tak nak baru to the next commentor.  Lepas I kasi I tak kisah dia nak buat apa nak jual ke nak pakai gambar i advertise kat fb tu ke lantak dia sebab I bg ikhlas.  Mungkin dia lagi perlukan duit dari kasut 2 pasang tu untuk beli susu ke roti ke apa tuk anak dia.

Moral of the story is bila dah sedekah kat orang, kita kena ikhlas.  Barang tu bukan hak kita dah so let it go let it goooooo baru hidup tenang.  calm is good gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun join group buy nothing. Pernah let go baju2 kurung & sofa. Tgh kumpul lagi barang nak let go tapi takde kerajinan nak ambil gambar & post kt group tu. Dulu pernah kantoi sorang pompuan melayu ni jual semula barang2 (mostly perabot) yg dia dapat free. Alasan dia anak dia ade 9 orang. Ada group member tak kisah sbb niat nak clearkan rumah. Tapi tak baik la amik kesempatan. Kecuali mmg declare awal2 macam syarikat unearthstore
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:28 PM | Show all posts
Aku bagi perabot segala brg2 hiasan dekat red cross, mmg dorg jual pun, tp dorg badan charity, so ujung2 membantu jugak kpd yg memerlukan. Tak kisahlah apa pun drpd aku pening kepala nak pikir. Org red cross bwk lori kontena dorg dtg ambil perabot kitaorg, dorg happy sgt kata perabot cantik n elok lagi. Berat gila ko ambiklah at least beban nak uruskan bawak keluar perabot semua dorg settledkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 28-7-2023 04:07 PM
I memang bila buat spring cleaning akan advertise kat taman punya fb siapa nak.  Sebelum bagi I kasi ...

Kalau penderma tak kisah tak pe. Tp kalau dia dah mention beforehand tk boleh jual, tak baik la buat mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:56 PM | Show all posts
Bru meolls tau ada grup buy nothing kat fb. Thank you gais.. love uolls.. nak clearkan rumah semak giler ngan toys
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 05:03 PM | Show all posts
krustykrab replied at 28-7-2023 04:35 PM
Kalau penderma tak kisah tak pe. Tp kalau dia dah mention beforehand tk boleh jual, tak baik la bu ...

Jab, I salah baca ke artikel tu.  Yg bitter sebenarnya orang lain bukan pemilik kan...so dia cakap pemilik cakap gitu gini tapi pemilik tak panas pun dia yg panas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 05:31 PM | Show all posts
Kalau nak bagi, bagi je. Jangan ada syarat.

Kalo tak, jgn bagi.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 28-7-2023 04:56 PM
Bru meolls tau ada grup buy nothing kat fb. Thank you gais.. love uolls.. nak clearkan rumah semak g ...

Lama dah group tu wujud chuols... Iols pun ada gk bagi brg kt situ. Prnh gak request novel org offer, lps siap baca iols offer pulak kt org lain, sb koser nk beli & simpan jd sampah kt rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 28-7-2023 12:07 PM
Daerah aiol start buat buy nothing project ni ala2 tamu since June. Yang positif tu bila golongan  ...

Sebab tu iols akan filter kaw kaw kalau gifting dalam buy nothing tu. Ramai sangat hoarders dan penipu yang amik kesempatan. Lantak lah requestor kata iols poyo nak filter la apa lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 28-7-2023 11:47 AM
Group buy nothing lah ni. Strictly no buying or selling kot sesapa yg join group ni. Kalau kedapatan ...

Klau mcm ni mmg x fair la. Ingat kan dia dpt free tu dari sedara mara or kwn2. Sbb rules dah stated mcm tu kan. Org2 mcm ni buat org lain malas nk bg brg elok yg free. Guna gmbar owner asal plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 28-7-2023 05:54 PM
Lama dah group tu wujud chuols... Iols pun ada gk bagi brg kt situ. Prnh gak request novel org off ...

Eh bagus jgk mcm ni kan? Kena byr postage x klau nk bg ke org lain? Ke yg nk tu byrkan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 28-7-2023 06:24 PM
anony-mous replied at 28-7-2023 06:08 PM
Klau mcm ni mmg x fair la. Ingat kan dia dpt free tu dari sedara mara or kwn2. Sbb rules dah state ...


Rule group tu je yg u cannot sell and one cannot buy in that fb group. Tu yg dah bg tak puas hati pula.  Dah not ur property anymore kan.  Kalau nk dispose sendiri pun kena bayar lori seratus-dua ini dah settle org tu kena self  pickup lg.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.293985 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list