Meruntun jiwa kisah dua beradik yang mahu menuntut keadilan terhadap kematian ibu mereka tujuh tahun lalu. Dalam kisah tular di media sosial itu, difahamkan, dua beradik berusia 9 dan 11 tahun itu tinggal di daerah Terusan Nunyai, merayu bantuan presiden republik berkenaan untuk menangkap bapa mereka sendiri.
Menurut Tribunenews.com, kejadian pada bulan Ramadan tahun 2015 itu kembali mendapat perhatian warga net menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @ikf_nusantara dan akaun Instagram @ndorobei.official pada Isnin lalu. Dalam video berkenaan, dua beradik itu menceritakan kembali detik mengerikan melihat ibu mereka ditikam berkali-kali di muka dan leher sehingga rebah ketika sedang bersahur bersama. Kedua-dua kanak-kanak itu malah turut merayu meminta bantuan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo untuk menangkap bapa mereka yang menghilangkan diri sejurus melakukan perbuatan tersebut.
|
ADVERTISEMENT