View: 566|Reply: 2
|
Dua Kanak-kanak Rayu Jokowi, Polis Tangkap Bapa Lari Selepas Bunuh Ibu
[Copy link]
|
|
Meruntun jiwa kisah dua beradik yang mahu menuntut keadilan terhadap kematian ibu mereka tujuh tahun lalu.
Dalam kisah tular di media sosial itu, difahamkan, dua beradik berusia 9 dan 11 tahun itu tinggal di daerah Terusan Nunyai, merayu bantuan presiden republik berkenaan untuk menangkap bapa mereka sendiri.
 IG
Menurut Tribunenews.com, kejadian pada bulan Ramadan tahun 2015 itu kembali mendapat perhatian warga net menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @ikf_nusantara dan akaun Instagram @ndorobei.official pada Isnin lalu.
Dalam video berkenaan, dua beradik itu menceritakan kembali detik mengerikan melihat ibu mereka ditikam berkali-kali di muka dan leher sehingga rebah ketika sedang bersahur bersama.
Kedua-dua kanak-kanak itu malah turut merayu meminta bantuan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo untuk menangkap bapa mereka yang menghilangkan diri sejurus melakukan perbuatan tersebut.
Nenek mereka, Sulastri yang kini mengambil tanggung jawab menjaga dua kanak-kanak itu memaklumkan, mangsa yang berlumuran darah sempat dikejarkan ke hospital dan bertarung nyawa selama tujuh hari sebelum disahkan meninggal dunia.
“Tragedi itu berlaku di hadapan kami semasa kami masih kecil. Saya merayu bantuan daripada Jokowi dan Listyo untuk menangkap bapa kami yang sudah melarikan diri. Tangkapan perlu dibuat supaya ayah bertanggungjawab atas perbuatannya,” kata kanak-kanak itu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Terusan Nunyai, AKP Tarmuji berkata, terdapat laporan berhubung dakwaan pembunuhan itu namun sehingga tujuh tahun masih gagal menemukan suspek.
Sementara itu, Instagram berkenaan mendakwa pelaku sudah ditahan polis.
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian dak2 ni kecik2 da terpaksa jadi matang dek kebodohan bpak sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kamu dek.. smoga bertabah ya |
|
|
|
|
|
|
| |
|