Oleh Adib Za Kerapkali berhadapan dengan kes rasuah, buaya diangkat sebagai 'penjaga' kepada sebuah penjara yang menempatkan pesalah-pesalah jenayah dadah di Indonesia.
Namun, ia masih dalam peringkat cadangan oleh Agensi antidadah negara itu. Ketua agensinya, Budi Waseso berkata, “Kami akan menempatkan seberapa banyak buaya di situ. Saya akan mencari jenis buaya yang paling ganas. “Anda tidak boleh merasuah buaya. Anda tidak boleh memujuk buaya untuk membebaskan orang tahanan,” ujarnya menerusi portal Tempo. Cadangan itu antara lain merupakan usaha bagi menghalang dan mengawal penyalahgunaan dadah yang berleluasa di negara itu. - CARI Infonet (Sumber: Astro Awani)
(Sumber foto: Merdeka) |
Kerêta_Angin replied at 10-11-2015 12:12 PM
lebih baik dibuat utk pesalah korupsi... biar dia rasa dibaham dek buaya tu..
lavafloor posted on 10-11-2015 04:16 AM
tinggal separuh la rakyat indon lepas buaya tu baham mat2 indon tu semua..
Kerêta_Angin replied at 10-11-2015 12:22 PM
mati satu tumbuh seribu .. saban beranak kembo manjang
ADVERTISEMENT