CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasuh Pujuk Kanak-kanak Lelaki 'Jadi Patung' Sampai Bomba Datang

26-7-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1897| Komen: 14

Anggota bomba bertindak dusulan rakaman insiden mencemaskan seorang pengasuh yang menyedari budak lelaki berusia empat tahun tanpa sedar 'baring' di atas seekor ular tedung.

Difahamkan, pengasuh yang menyedari kehadiran reptilia itu memujuk kanak-kanak berkenaan tidak melakukan sebarang pergerakan sementara menunggu ketibaan pasukan bomba.



Tangkap layar memaparkan seekor ular senduk tertindih di bawah badan kanak-kanak yang berbaring di rumah pengasuhnya di Bagan Serai, Isnin lalu. - Foto ihsan pembaca

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, panggilan bantuan menangkap ular diterima pada jam 11.28 pagi.

"Semasa tiba di lokasi kejadian didapati kanak-kanak itu sedang berbaring dan menindih ular tedung yang panjangnya 0.4 meter.

"Anggota menangkap ular manakala seorang lagi anggota mengangkat mangsa," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.


Terdahulu, tular video ular berwarna hitam berada di bawah badan kanak-kanak itu dengan bahagian ekornya dipijak ketika berbaring di rumah pengasuhnya di Taman Serai Perdana, Bagan Serai pada Isnin.


MalaysiaGazette

Tambah Sayani, pemeriksaan fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa dan diserahkan semula kepada pengasuh.

"Ular terbabit kemudiannya dilepas semula ke habitat asalnya yang jauh daripada penempatan penduduk," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 26-7-2023 06:07 PM
Ular tedung kut potong kepala dia.  Esok2 dia masuk rumah org lain pula.
Quote matamata 26-7-2023 06:12 PM
Thread dah adala babi
Quote cik-jaja 27-7-2023 07:53 AM
alhamdulillah nak budaknya duduk diam2
Quote sangbara2020 27-7-2023 08:35 AM
bagus bdknya dgr ckp
Quote KamikuP 27-7-2023 12:28 PM
matamata: Thread dah adala babi


Jgn le marah sis.. sian mod kene cop binatang tu.. ekekeke

Quote nanasno 27-7-2023 02:03 PM
omg mcm mana ular tu boleh ada bawah dia. ya ampun dekk berani kau dekk kalau acik dah meletik letikkk
Quote supernaturalee 27-7-2023 03:00 PM
ada x video ms tgh operasi tu
Quote BumpIQ 27-7-2023 03:30 PM
Bagus pengasuh ni elok je budak tu dengar cakap

Kalau mek yah yang jaga habislah ular tu pun di tuduh spy dan perisik kepada hacker untuk menganggu hidup dia wakakakakaka
Quote antikorok 27-7-2023 03:37 PM
Budak yang bagus duk diam dan dengar cakap, pengasuh pun bagus tak panik dan cepat bertindak
Quote NazRysha 27-7-2023 04:26 PM
ular senduk la bukan tedung
Quote B40tastePosh 27-7-2023 07:57 PM
Aku tak tahu nak buat apa dlm situasi ini
Quote Skuau 27-7-2023 08:05 PM
matamata replied at 26-7-2023 06:12 PM
Thread dah adala babi


versi tamil ngn hindi...mana sama.....
Quote Skuau 27-7-2023 08:06 PM
B40tastePosh replied at 27-7-2023 07:57 PM
Aku tak tahu nak buat apa dlm situasi ini


kalo x tau nk buat apa duk diam jer la
                              
Quote chiyoasuka 27-7-2023 08:10 PM
Syukur budak tu xda apa2…

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.557472 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top