Nelayan kehabisan wang selepas RM284,850 lesap akibat terpedaya dengan pujukan 'kekasih'nya menerusi pelaburan mata wang kripto tidak wujud. Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata Bahagian Siasatan Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian menerima laporan daripada lelaki berusia 27 tahun itu semalam.
Beliau berkata, kejadian berlaku pada November lepas apabila mangsa dihubungi suspek iaitu seorang wanita melalui aplikasi WeChat sebelum mereka berkenalan dan jatuh cinta. Katanya suspek menawarkan pelaburan mata wang kripto kepada mangsa dengan menghantar pautan melalui aplikasi pada Januari dan menjanjikan pulangan RM200,000 jika melabur RM30,000. Katanya, cinta yang mengabui matanya membuat mangsa mula membuat pelaburan melalui aplikasi mata wang kripto yang diberikan oleh wanita itu. Dalam kenyataan hari ini, Mohd Yusri berkata mangsa membuat 99 kali transaksi pindahan wang secara dalam talian ke 21 akaun bank dari 6 Mac hingga 15 Julai lepas menggunakan wang simpanan, meminjam daripada ahli keluarga, rakan dan majikan membabitkan kerugian RM284,850.
Menurutnya selepas mangsa kehabisan wang, suspek tetap meminta dia untuk terus melabur membuatkan lelaki itu meminta agar wangnya dikembalikan, namun suspek memberi pelbagai alasan dan tidak lagi membalas mesej melalui aplikasi WeChat. "Mangsa rasa tertipu dan datang ke balai polis untuk membuat laporan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. Sumber: Harian Metro
|
plywood replied at 27-7-2023 08:01 AM
hukum penjara 70 tahunlah mana-mana scammer mcm ni..
BumpIQ replied at 27-7-2023 03:40 PM
Patut la mek yah nak sangat si Hadi Bawang tu rupanya mesti kenalan2 semua kaya2
Boleh mek yah suru ...
ADVERTISEMENT