View: 716|Reply: 9
|
Nelayan Rugi RM284,850 Diperdaya 'Kekasih' Sampai Habis Duit Pinjam Keluarga, Rakan Dan Majikan
[Copy link]
|
|
Nelayan kehabisan wang selepas RM284,850 lesap akibat terpedaya dengan pujukan 'kekasih'nya menerusi pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata Bahagian Siasatan Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian menerima laporan daripada lelaki berusia 27 tahun itu semalam.
Beliau berkata, kejadian berlaku pada November lepas apabila mangsa dihubungi suspek iaitu seorang wanita melalui aplikasi WeChat sebelum mereka berkenalan dan jatuh cinta.
 Gambar hiasan
Katanya suspek menawarkan pelaburan mata wang kripto kepada mangsa dengan menghantar pautan melalui aplikasi pada Januari dan menjanjikan pulangan RM200,000 jika melabur RM30,000.
Katanya, cinta yang mengabui matanya membuat mangsa mula membuat pelaburan melalui aplikasi mata wang kripto yang diberikan oleh wanita itu.
Dalam kenyataan hari ini, Mohd Yusri berkata mangsa membuat 99 kali transaksi pindahan wang secara dalam talian ke 21 akaun bank dari 6 Mac hingga 15 Julai lepas menggunakan wang simpanan, meminjam daripada ahli keluarga, rakan dan majikan membabitkan kerugian RM284,850.
Menurutnya selepas mangsa kehabisan wang, suspek tetap meminta dia untuk terus melabur membuatkan lelaki itu meminta agar wangnya dikembalikan, namun suspek memberi pelbagai alasan dan tidak lagi membalas mesej melalui aplikasi WeChat.
"Mangsa rasa tertipu dan datang ke balai polis untuk membuat laporan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya nye keluarga ngan kawan2 kau boleh kasi pinjam sampai berpuluh ribu. |
|
|
|
|
|
|
|
byknya duit nelayan.
meols ingat nelayan mostly freelance, ada majikan ek. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak jugak reta nya nelayan tu eh..sebelum dihabiskan laa |
|
|
|
|
|
|
|
hukum penjara 70 tahunlah mana-mana scammer mcm ni..
btw, layout cari yang ada gambar ni menyusahkan. harap admin cari tukar balik layout lama... gambar tu boleh jer tengok dlm threadkan |
|
|
|
|
|
|
|
nak tau pasal cinta tu ja tapi tak diceritakan pula
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju especially point no.2 tu but I doubtlah tokey Cari forum cares
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu baca acik2 lonely yg kena
jarang berlaku lelaki kena mcm ni muda pulak tu
semoga bertabah la
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut la mek yah nak sangat si Hadi Bawang tu rupanya mesti kenalan2 semua kaya2
Boleh mek yah suruh pinjam wang untuk beli kereta lagi dan jual untuk dapatkan voucher grab wakakakakakaka
@_blackbird |
|
|
|
|
|
|
|
BumpIQ replied at 27-7-2023 03:40 PM
Patut la mek yah nak sangat si Hadi Bawang tu rupanya mesti kenalan2 semua kaya2
Boleh mek yah suru ...
Org ganung walaupon dok kampung makan kopok lekor je ramai yg duit kepok2 juga. Tak mustahil mekyah nak cengkam dak adang tu, mana tau dak adang tu sebenarnya ada tanah pusaka pesisir pantai berhektar2 mek yah pon boleh berangan angan terdampar dan tersandar kat pantai sambil makan roti canai
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|