CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Jerut, Bunuh Jiran Terlepas Tali Gatung Selepas Dipenjara 38 Tahun

26-7-2023 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1451| Komen: 19

Lelaki warga emas yang didapati bersalah membunuh jirannya berusia 77 tahun pada tiga tahun lepas, terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman penjara 38 tahun terhadapnya.


Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintahkan Mohamad Shaharudin Zakaria, 68, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 3 Mei 2020.

"Si mati dijerut dan dicampakkan ke dalam parit. Tertuduh sememangnya berniat membunuh si mati. Selain itu, terdapat kecederaan lain seluruh badan si mati seperti ditunjukkan post-moterm," kata Abdul Wahab ketika membacakan penghakimannya.


ALHIJRAH ONLINE

Mohamad Shaharudin didakwa menyebabkan kematian Zaharah Khalid, di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang Laut, Seri Manjung, Manjung pada kira-kira pukul 8 malam pada 3 Mei 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan peruntukan yang sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, dalam prosiding hari ini, salah seorang anak mangsa, Hawa Isa, 48, tidak dapat menahan sebak apabila dipanggil memberi keterangan oleh pihak pendakwa tentang kesan kejadian pembunuhan itu kepada keluarga mereka.

"Memang meninggalkan kesan kepada kami sekeluarga semasa bulan puasa. Kami semua rapat dengan arwah mak terutamanya anak saya yang Orang Kurang Upaya (OKU) yang sehingga kini akan mengamuk apabila teringatkan opahnya.

"Semasa kejadian baru berlaku, orang kampung cakap macam-macam, tuduh mak saya walaupun tidak bersalah. 
Saya harap apa berlaku kepada mak saya, dia jerut mak saya, pijak mak saya, saya minta dia dapat hukuman yang setimpal," kata anak ketujuh daripada 12 beradik itu.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati meskipun terdapat pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, kerana mangsa dibunuh dengan kejam oleh tertuduh.

Bagaimanapun peguam M. Saravanan yang mewakili tertuduh merayu supaya mahkamah mengurangkan hukuman anak guamnya yang sudah berusia dengan hukuman penjara.

"Sekurang-kurangnya biarlah dia menghabiskan saki-baki hidupnya di penjara dengan tenang. Janganlah ditambahkan deritanya dengan memberinya hukuman gantung kerana ada kemungkinan Shaharudin mungkin tiada lagi bila tibanya hari untuk dia digantung," katanya.

Seramai 13 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, manakala hanya seorang mewakili pihak pembelaan sepanjang prosiding berlangsung sejak 2021.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 26-7-2023 06:25 PM
'...kerana ada kemungkinan shaharudin tiada bila tiba hari digantung'..
Memang la ...ko simpan sampai 10 tahun walaupun dah jatuh hukum..
Quote mejaputih 26-7-2023 06:31 PM
Apa motif pembunuhan tu ek? Jiran2 pun tak teragak tuduh mangsa...
Quote anony-mous 26-7-2023 07:43 PM
Calling2 @dudaberhias @Kurex utk tgk polis tu
Quote dudaberhias 26-7-2023 07:49 PM
anony-mous replied at 26-7-2023 07:43 PM
Calling2 @dudaberhias @Kurex utk tgk polis tu

alamak telinga piring satelite astro ni bukan taste iolsss...nak yang pekat likat macam hun haqeem.. tu paling minimum kena capai yach...




Quote oggy 26-7-2023 08:07 PM
Dah bunuh org dgn kejam, lepas tu tenang2 je habiskan sisa hidup dalam penjara sambil ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
Quote TOPwind 26-7-2023 08:40 PM
mejaputih replied at 26-7-2023 06:31 PM
Apa motif pembunuhan tu ek? Jiran2 pun tak teragak tuduh mangsa...

mesti ada sebab ni-

kekadang yg kena bunuh tu  yg cari pasal.

contoh jiran kulit hitam legam tiap2 hari anak dia kecing dan berak depan pintu

bila di tegoh dia marah dan maki pulak.

itu lah sbb sampai gaduh then mampus
Quote cik-jaja 27-7-2023 07:59 AM
lebih tertarik tengok abang pulis sebelah tu
Quote batmana 27-7-2023 09:24 AM
Tk adil..simpati keluarga mangsa..tunggu keadilan lagi 38 tahun..derita weii

Quote xtravaganza 27-7-2023 09:26 AM
cik-jaja replied at 27-7-2023 07:59 AM
lebih tertarik tengok abang pulis sebelah tu

Hahahahhahaha…sama la uolsssss…

Quote bbi25 27-7-2023 10:16 AM
semoga sempat bertaubat tp lama juga ya 3 tahun lepas tahun ni baru tentukan. faham kes banyak
Quote wirazam 27-7-2023 01:05 PM
cik-jaja replied at 27-7-2023 07:59 AM
lebih tertarik tengok abang pulis sebelah tu

Amboiiiii
Quote supernaturalee 27-7-2023 02:06 PM
TOPwind replied at 26-7-2023 08:40 PM
mesti ada sebab ni-

kekadang yg kena bunuh tu  yg cari pasal.

ye...blh jadi
kes bunuh yang bertukar jadi kes mempertahakan diri

iols baru ni tgk mini siri hbogo tajuk love & death
kes kapak kawan 41x
terlepas ye sbb mempertahankan diri

tp kes ni obvious lah salah sbb terbukti dia nk tutup bukti dgn campak mayat dlm parit ape
atas ape jgk reason, i think

Quote supernaturalee 27-7-2023 02:07 PM
cik-jaja replied at 27-7-2023 07:59 AM
lebih tertarik tengok abang pulis sebelah tu

kann
cute
tp sekeping sangat

tambah xtra let's say 10 lb
then we'll talk2
Quote Decaffeinated 27-7-2023 02:17 PM
Semasa kejadian baru berlaku, orang kampung cakap macam-macam, tuduh mak saya walaupun tidak bersalah.

Orang kata kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Apa angin tersebut?
Quote Decaffeinated 27-7-2023 02:19 PM
Kalau tak silap berita TV smlm cakap dia terlepas sebatan sebab faktor usia. Ka kes lain?
Quote grouper 27-7-2023 02:25 PM
X kena gantung mesti family mangsa rasa x adil. Sebab tu qisas sangat adil iaitu bunuh balas. Klau family mangsa ampunkan baru tertuduh lepas..
Quote sangbara2020 27-7-2023 02:31 PM
kenapa jiran2 mengata arwah?
Quote JunkMail 27-7-2023 02:35 PM
Sampai ke sudah tak tau apa sebab dia bunuh jiran aka kawan dia tu? Makcik tu umur 77 tahun katanya. Jiran jiran bergaduh sampai berbunuhan ke ni?
Quote cik-jaja 29-7-2023 10:52 AM
supernaturalee replied at 27-7-2023 02:07 PM
kann
cute
tp sekeping sangat

ok dah tu, tinggal maintain ja

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.066351 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top