View: 1383|Reply: 19
|
Warga Emas Jerut, Bunuh Jiran Terlepas Tali Gatung Selepas Dipenjara 38 Tahun
[Copy link]
|
|
Lelaki warga emas yang didapati bersalah membunuh jirannya berusia 77 tahun pada tiga tahun lepas, terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman penjara 38 tahun terhadapnya.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintahkan Mohamad Shaharudin Zakaria, 68, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 3 Mei 2020.
"Si mati dijerut dan dicampakkan ke dalam parit. Tertuduh sememangnya berniat membunuh si mati. Selain itu, terdapat kecederaan lain seluruh badan si mati seperti ditunjukkan post-moterm," kata Abdul Wahab ketika membacakan penghakimannya.
 ALHIJRAH ONLINE
Mohamad Shaharudin didakwa menyebabkan kematian Zaharah Khalid, di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang Laut, Seri Manjung, Manjung pada kira-kira pukul 8 malam pada 3 Mei 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan peruntukan yang sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, dalam prosiding hari ini, salah seorang anak mangsa, Hawa Isa, 48, tidak dapat menahan sebak apabila dipanggil memberi keterangan oleh pihak pendakwa tentang kesan kejadian pembunuhan itu kepada keluarga mereka.
"Memang meninggalkan kesan kepada kami sekeluarga semasa bulan puasa. Kami semua rapat dengan arwah mak terutamanya anak saya yang Orang Kurang Upaya (OKU) yang sehingga kini akan mengamuk apabila teringatkan opahnya.
"Semasa kejadian baru berlaku, orang kampung cakap macam-macam, tuduh mak saya walaupun tidak bersalah.
Saya harap apa berlaku kepada mak saya, dia jerut mak saya, pijak mak saya, saya minta dia dapat hukuman yang setimpal," kata anak ketujuh daripada 12 beradik itu.
Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati meskipun terdapat pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, kerana mangsa dibunuh dengan kejam oleh tertuduh.
Bagaimanapun peguam M. Saravanan yang mewakili tertuduh merayu supaya mahkamah mengurangkan hukuman anak guamnya yang sudah berusia dengan hukuman penjara.
"Sekurang-kurangnya biarlah dia menghabiskan saki-baki hidupnya di penjara dengan tenang. Janganlah ditambahkan deritanya dengan memberinya hukuman gantung kerana ada kemungkinan Shaharudin mungkin tiada lagi bila tibanya hari untuk dia digantung," katanya.
Seramai 13 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, manakala hanya seorang mewakili pihak pembelaan sepanjang prosiding berlangsung sejak 2021.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
'...kerana ada kemungkinan shaharudin tiada bila tiba hari digantung'..
Memang la ...ko simpan sampai 10 tahun walaupun dah jatuh hukum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa motif pembunuhan tu ek? Jiran2 pun tak teragak tuduh mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
alamak telinga piring satelite astro ni bukan taste iolsss...nak yang pekat likat macam hun haqeem.. tu paling minimum kena capai yach...

|
|
|
|
|
|
|
|
Dah bunuh org dgn kejam, lepas tu tenang2 je habiskan sisa hidup dalam penjara sambil ditanggung oleh kerajaan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ada sebab ni-
kekadang yg kena bunuh tu yg cari pasal.
contoh jiran kulit hitam legam tiap2 hari anak dia kecing dan berak depan pintu
bila di tegoh dia marah dan maki pulak.
itu lah sbb sampai gaduh then mampus
|
|
|
|
|
|
|
|
lebih tertarik tengok abang pulis sebelah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tk adil..simpati keluarga mangsa..tunggu keadilan lagi 38 tahun..derita weii
|
|
|
|
|
|
|
|
cik-jaja replied at 27-7-2023 07:59 AM
lebih tertarik tengok abang pulis sebelah tu
Hahahahhahaha…sama la uolsssss…
 |
|
|
|
|
|
|
|
semoga sempat bertaubat tp lama juga ya 3 tahun lepas tahun ni baru tentukan. faham kes banyak |
|
|
|
|
|
|
|
cik-jaja replied at 27-7-2023 07:59 AM
lebih tertarik tengok abang pulis sebelah tu
Amboiiiii
 |
|
|
|
|
|
|
|
ye...blh jadi
kes bunuh yang bertukar jadi kes mempertahakan diri
iols baru ni tgk mini siri hbogo tajuk love & death
kes kapak kawan 41x
terlepas ye sbb mempertahankan diri
tp kes ni obvious lah salah sbb terbukti dia nk tutup bukti dgn campak mayat dlm parit ape
atas ape jgk reason, i think
|
|
|
|
|
|
|
|
kann
cute
tp sekeping sangat
tambah xtra let's say 10 lb
then we'll talk2 
|
|
|
|
|
|
|
|
Semasa kejadian baru berlaku, orang kampung cakap macam-macam, tuduh mak saya walaupun tidak bersalah.
Orang kata kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Apa angin tersebut?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap berita TV smlm cakap dia terlepas sebatan sebab faktor usia. Ka kes lain?
|
|
|
|
|
|
|
|
X kena gantung mesti family mangsa rasa x adil. Sebab tu qisas sangat adil iaitu bunuh balas. Klau family mangsa ampunkan baru tertuduh lepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa jiran2 mengata arwah? |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai ke sudah tak tau apa sebab dia bunuh jiran aka kawan dia tu? Makcik tu umur 77 tahun katanya. Jiran jiran bergaduh sampai berbunuhan ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
ok dah tu, tinggal maintain ja
|
|
|
|
|
|
|
| |
|