Seeorang budak lelaki berusia 11 tahun yang hidup bersama neneknya yang sudah uzur sanggup menolak warga emas itu sejauh 20km kerana tidak mampu membayar sewa rumah. Menerusi hantaran dikongsikan oleh Khidmat Komuniti Irdk dalam hantaran Facebook, kanak-kanak itu terpaksa menyorong neneknya yang menghidap strok dari Kok Lanas ke Kg Batu 8, Jalan Kuala Krai, Kelantan dengan menggunanakan kerusi roda rosak.
Menurut pengguna tersebut, budak lelaki tersebut terpaksa berbuat demikian selepas mereka tidak mampu membayar sewa rumah sejak beberapa bulan lepas. “Sebelum ini, neneknya bekerja sebagai seorang pencari besi buruk setelah kematian suaminya beberapa tahun lalu." Difahamkan, mereka kini sedang berlindung di bahagian dapur rumah arwah ibu tiri kanak-kanak tersebut buat sementara waktu selain mengharapkan belas ihsan jiran-jiran. Katanya lagi, mereka dua beranak ini amat memerlukan bantuan dari segi lampin dewasa, barangan dapur dan basikal bagi memudahkan urusan harian.
“Dari pemerhatian penulis, pesakit ini amat memerlukan lampin dewasa. Bayangkan 5 pek lampin dewasa pun sudah berharga RM100 lebih. Barangan dapur kerana jiran-jiran boleh tolong masakkan untuk mereka. “Basikal kerana cucunya terpaksa berjalan kaki jauh juga untuk membuang lampin pakai buang neneknya di tong sampah,”tulisnya. Dalam pada itu, dia turut memohon doa orang ramai agar segala urusan dua beranak itu dipermudahkan. Rata-rata warganet turut bersimpati dan terkesan dengan nasib malang menimpa dua beranak tersebut selain turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan. -CARI |
dekmieDandy replied at 26-7-2023 05:32 PM
JKKK kampung tak perform lansung
ketua kampung dia tak pegang amanah dengan betul
otai_g replied at 26-7-2023 04:36 PM
Aaa mcm kat luar negara. Mcm x caya kat msia rakyat tempatan Masih ada yg susah. Tp ada org blh beli ...
myakayina replied at 26-7-2023 04:54 PM
mana wakil rakyat area situ? badan2 kebajikan yg ada tolonglah bantu..
ADVERTISEMENT