CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3452|Reply: 45

Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Budak 11 Tahun Sorong Nenek Hidap Strok Sejauh 20km Guna Kerusi Rosak

[Copy link]
Post time 26-7-2023 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Seeorang budak lelaki berusia 11 tahun yang hidup bersama neneknya yang sudah uzur sanggup menolak warga emas itu sejauh 20km kerana tidak mampu membayar sewa rumah.


Menerusi hantaran dikongsikan oleh Khidmat Komuniti Irdk dalam hantaran Facebook, kanak-kanak itu terpaksa menyorong neneknya yang menghidap strok dari Kok Lanas ke Kg Batu 8, Jalan Kuala Krai, Kelantan dengan menggunanakan kerusi roda rosak.


Menurut pengguna tersebut, budak lelaki tersebut terpaksa berbuat demikian selepas mereka tidak mampu membayar sewa rumah sejak beberapa bulan lepas.


Add Image Caption Here





“Sebelum ini, neneknya bekerja sebagai seorang pencari besi buruk setelah kematian suaminya beberapa tahun lalu."


Difahamkan, mereka kini sedang berlindung di bahagian dapur rumah arwah ibu tiri kanak-kanak tersebut  buat sementara waktu selain mengharapkan belas ihsan jiran-jiran.


Katanya lagi, mereka dua beranak ini amat memerlukan bantuan dari segi lampin dewasa, barangan dapur dan basikal bagi memudahkan urusan harian.


“Dari pemerhatian penulis, pesakit ini amat memerlukan lampin dewasa. Bayangkan 5 pek lampin dewasa pun sudah berharga RM100 lebih. Barangan dapur kerana jiran-jiran boleh tolong masakkan untuk mereka.


“Basikal kerana cucunya terpaksa berjalan kaki jauh juga untuk membuang lampin pakai buang neneknya di tong sampah,”tulisnya.


Dalam pada itu, dia turut memohon doa orang ramai agar segala urusan dua beranak itu dipermudahkan.


Rata-rata warganet turut bersimpati dan terkesan dengan nasib malang menimpa dua beranak tersebut selain turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aaa mcm kat luar negara. Mcm x caya kat msia rakyat tempatan Masih ada yg susah. Tp ada org blh beli Mercedez.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:40 PM | Show all posts
Kesiannya... mana waris adik dan makcik ni

wai bee, ketua kampung sume takkan dah hilang
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tgk muka anak ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:52 PM | Show all posts
dalam keadaan mcm ni.. lebih baikla mereka duduk di rumah2 kebajikan.. sekurang2nya makan terjaga. Ini sah2 budak ni ketinggalan sekolah. Kesianla.. masa kanak2 nya dirampas. Tolong la ketua kampung ke apa.. usahakan bela nasib mereka..

sampai bila nak harap jiran2 masakkan n bagi sumbangan. Jiran2 dia pon bukan orang kaya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:54 PM | Show all posts
mana wakil rakyat area situ? badan2 kebajikan yg ada tolonglah bantu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2023 04:57 PM | Show all posts
Allahu
semoga Allah mudahkan urusan mereka berdua
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 05:01 PM | Show all posts
cerita tak lengkap
sorong wheelchair 20 km kemana? mengapa?
bapak budak ni di mana?
waris2 lelaki bapak budak ni di mana?
mak kandung budak ni di mana?
nenek tu tak ada anak lain ke sampai kena duduk belakang rumah aruah menantu?
budak ni sekolah atau tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 05:02 PM | Show all posts
Moga dipermudahkan kehidupan mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 05:05 PM | Show all posts
sedih tgk nasib adik ni
kena jaga nenek
diri dia mcmn..?
kecil2 ni sapa yang bagi kasih sayang
mcmn masa depan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 05:32 PM | Show all posts
JKKK kampung tak perform lansung

ketua kampung dia tak pegang amanah dengan betul
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bab sorong wheelchair sejauh 20km tu...memang menjadi persoalan aku...mana budak umur 11 taun tu dpt kudrat@kuasa luar biasa tuk 'tolak' orang dewasa sejauh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah musim PRN kan ni? Mohon bantu. Btw mcm mana nk bantu adik dan nenek ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 26-7-2023 05:32 PM
JKKK kampung tak perform lansung

ketua kampung dia tak pegang amanah dengan betul

Setuju chuols. X tau apa fungsi deme ni zaman skang
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 26-7-2023 04:36 PM
Aaa mcm kat luar negara. Mcm x caya kat msia rakyat tempatan Masih ada yg susah. Tp ada org blh beli ...

Berkurun dah balik kg pangkah, inilah hasilnya. Ada aku kesah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 26-7-2023 04:54 PM
mana wakil rakyat area situ? badan2 kebajikan yg ada tolonglah bantu..

Wai Bi sibuk basuh merz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
“Dari pemerhatian penulis, pesakit ini amat memerlukan lampin dewasa. Bayangkan 5 pek lampin dewasa pun sudah berharga RM100 lebih. Barangan dapur kerana jiran-jiran boleh tolong masakkan untuk mereka.
-----
Tak payah.  Sampai bila org nak tolong lama2 org pun jelak nak2 duit derma asik tak cukup kena top up duit sendiri.  Setuju dgn forumer di atas, better duduk rumah kebajikan.  At least kalau sakit boleh terus gi spital derang hantar, ini kang nak kena tunggu sipolan balik kerja bawak klinik bagai kalau sipolan tak balik sampai tengahmalam?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 06:19 PM | Show all posts
local ke.. siam ke.. kdg payah nk dpt bantuan sebab bukan warganegara
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap mak pak budak tu jgn buat rilek duduk di shah ale sudah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu la kelantan tlg la tukar undi
Wpun ak x suka current gomen.. Tp ak percaya dorang blh tukar kelantan..
Dah byk Sgt dgr org kelantan ni rata2 hidup susah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048387 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list