CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lari Rumah Nak Kahwin Dengan Kekasih- Abang Penggal Adik Perempuan, Bawa Kepala Dalam Beg

25-7-2023 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1143| Komen: 8

NEW DELHI, India – Seorang lelaki memenggal kepala adik perempuannya yang masih remaja kerana berkahwin tanpa restu keluarga.

MailOnline melaporkan, Aashifa, 18, yang tinggal di bandar Barabanki, negeri Uttar Pradesh nekad melarikan diri untuk berkahwin bersama pasangannya, Chand Babu. 


Mereka berdua dikatakan berasal dari kampung yang sama.

Foto: Twitter

Abang Aashifa, Riyaz, 22, tidak menyukai hubungan mereka dan membunuh adiknya sebelum membawa kepala mangsa yang putus di dalam beg.

Dalam satu rakaman video mengerikan, Riyaz dilihat berjalan ke arah balai polis Fatehpur sambil membawa kepala Aashifa. 

Orang ramai yang melihat Riyaz membawa beg berlumuran darah itu kemudian melaporkannya kepada polis. 

Aashifa ingin berkahwin dengan lelaki pilihannya tetapi ditentang Riyaz dan bapanya, Abdul Rashid.

The Economic Times melaporkan, pembunuhan kejam itu mencetuskan kemarahan di seluruh India terhadap kawalan saudara lelaki terhadap anggota keluarga wanita.

Media tempatan melaporkan, bedah siasat telah dijalankan berikutan pembunuhan Aashifa dan operasi mengumpul bukti di tempat kejadian dijalankan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 25-7-2023 07:46 PM
membunuh tu dosa ya
Quote mojarean_X 26-7-2023 09:48 AM
Ni lah sbb nape India x kan jd kuasa besar walaupun memilki populasi terbesar dunia
Quote rosedemon 26-7-2023 10:37 AM
bodo jantan tu ingt dia pling bagos la tu
Quote AcikCleaner 26-7-2023 10:44 AM
Akal kt lutut, baran tak tentu pasal..adik sendiri pun sanggup nk penggal
Quote kkm123 26-7-2023 03:19 PM
India masih kuat dengan adat keluarga yang carikan suami untuk anak perempuannya. Kahwin paksa ofkos
Quote supernaturalee 26-7-2023 04:06 PM
baca tajuk dh blh agak dr negara leluhur I yg 1 lagi

Quote kemaruk 26-7-2023 04:26 PM
Keluluhuran yang sering diperingat oleh orang tua2
Quote chiyoasuka 27-7-2023 01:43 AM
adoii takut bila baca2 berita mcm ni. semoga dijauhkan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.221579 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top