View: 1055|Reply: 8
|
Lari Rumah Nak Kahwin Dengan Kekasih- Abang Penggal Adik Perempuan, Bawa Kepala Dalam Beg
[Copy link]
|
|
NEW DELHI, India – Seorang lelaki memenggal kepala adik perempuannya yang masih remaja kerana berkahwin tanpa restu keluarga.
MailOnline melaporkan, Aashifa, 18, yang tinggal di bandar Barabanki, negeri Uttar Pradesh nekad melarikan diri untuk berkahwin bersama pasangannya, Chand Babu.
Mereka berdua dikatakan berasal dari kampung yang sama.
 Foto: Twitter
Abang Aashifa, Riyaz, 22, tidak menyukai hubungan mereka dan membunuh adiknya sebelum membawa kepala mangsa yang putus di dalam beg.
Dalam satu rakaman video mengerikan, Riyaz dilihat berjalan ke arah balai polis Fatehpur sambil membawa kepala Aashifa.
Orang ramai yang melihat Riyaz membawa beg berlumuran darah itu kemudian melaporkannya kepada polis.
Aashifa ingin berkahwin dengan lelaki pilihannya tetapi ditentang Riyaz dan bapanya, Abdul Rashid.
The Economic Times melaporkan, pembunuhan kejam itu mencetuskan kemarahan di seluruh India terhadap kawalan saudara lelaki terhadap anggota keluarga wanita.
Media tempatan melaporkan, bedah siasat telah dijalankan berikutan pembunuhan Aashifa dan operasi mengumpul bukti di tempat kejadian dijalankan. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lah sbb nape India x kan jd kuasa besar walaupun memilki populasi terbesar dunia |
|
|
|
|
|
|
|
bodo jantan tu ingt dia pling bagos la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Akal kt lutut, baran tak tentu pasal..adik sendiri pun sanggup nk penggal |
|
|
|
|
|
|
|
India masih kuat dengan adat keluarga yang carikan suami untuk anak perempuannya. Kahwin paksa ofkos |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk dh blh agak dr negara leluhur I yg 1 lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Keluluhuran yang sering diperingat oleh orang tua2 |
|
|
|
|
|
|
|
adoii takut bila baca2 berita mcm ni. semoga dijauhkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|