CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Umur Lapan Tahun Tular, Boleh Melekat Pada Dinding Macam Spiderman

24-7-2023 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1214| Komen: 10

BEIJING – Seorang budak perempuan berumur lapan tahun di wilayah Fujian, China  tular kerana kebolehannya untuk melekat pada dinding tanpa menggunakan sebarang peralatan.

South China Morning Post melaporkan, berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan ibunya, dia  dilihat memanjat dinding ruang tamu sebelum duduk dalam keadaan seperti melekat pada dinding sambil menonton televisyen.


Kanak-kanak itu menyilang kedua-dua tangannya sambil  menonton televisyen dalam keadaan santai.

Foto: Douyin

Ibu kanak-kanak itu yang menggunakan nama @Ruxiangsuisu di media sosial China, mendedahkan bahawa mereka pada awalnya tidak menyedari kebolehan luar biasa tersebut sehingga dia memeriksa rakaman CCTV.

Menurut si ibu, anaknya  mempunyai sifat berani dan gemar melakukan aktiviti berbahaya.

Tambahnya, iklim lembab di bandar tepi pantai yang didiami mereka di Pulau Pingtan mungkin menjadikan kanak-kanak tersebut lebih mudah melekat pada dinding.


Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang cuba mencari penjelasan di sebalik kebolehan seperti watak adiwira Spiderman itu.

Seorang pengguna media sosial memberitahu, disebabkan badan kanak-kanak adalah  ringan, lebih mudah untuk mereka melekat pada dinding.

“Jelas kanak-kanak ini memanjat dinding kerana dia ingin mengawal saluran televisyen yang ditonton,” kata netizen secara berseloroh sambil merujuk kepada alat kawalan jauh yang dipegang budak itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 25-7-2023 08:34 AM
tgh2 mlm kalau nmpk kt sudut2 mcm ni mau pengsan kot... ke gambar edit tu?
Quote rosedemon 25-7-2023 08:53 AM
kemain kooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote airfilterkotor 25-7-2023 08:58 AM
Cer ko ensot selow² kat permukaan dinding lepaan simen yg disapukan cat dalaman. Lekat tak?
Quote copy_paste 25-7-2023 09:14 AM
acikonion replied at 25-7-2023 08:34 AM
tgh2 mlm kalau nmpk kt sudut2 mcm ni mau pengsan kot... ke gambar edit tu?

betul la tu,tengok dinding pun dah tahu,mmg mudah melekap kalau dinding jenis mozek tu,
org badan ringan je boleh buat,
Quote Simunggu 25-7-2023 09:18 AM
china & indon..baca boleh, percaya jangan
Quote ally9970 25-7-2023 09:21 AM
Dinding mozek, melekat dekat bucu dinding, jackie chan dah lama buat...
Quote ctaz 25-7-2023 09:23 AM
VIDEO MANA....VIDEO MANA....
Quote Samerosie 25-7-2023 09:31 AM
Lepss tu anak kau tersilap pegang/pijak, jatuh kepala dulu pecah muka padan muka.
Quote xtravaganza 25-7-2023 09:36 AM
Samerosie replied at 25-7-2023 09:31 AM
Lepss tu anak kau tersilap pegang/pijak, jatuh kepala dulu pecah muka padan muka.

Pstu sue pengilang mozek sbb xbg warning jgn suka suki lekatkan badan dkt mozek..

Ps: ni iols kaitkan dgn cite sebelah ps nugget tu

Quote prince_marhaen 25-7-2023 10:13 AM
dulu2 kekecik biasa dah buat gini, kat sudut2, kat tiang, kat gerbang pintu...... janji cat / mozek tak kering & kesat... dia tambah pulak bebudak badan berlengas je kan.. badan ringan... of course boleh..cuba suruh noreen ke aya yang melekat walaupun kau sapu gam uhu...boleh?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.128456 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top