View: 1038|Reply: 10
|
Budak Umur Lapan Tahun Tular, Boleh Melekat Pada Dinding Macam Spiderman
[Copy link]
|
|
BEIJING – Seorang budak perempuan berumur lapan tahun di wilayah Fujian, China tular kerana kebolehannya untuk melekat pada dinding tanpa menggunakan sebarang peralatan.
South China Morning Post melaporkan, berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan ibunya, dia dilihat memanjat dinding ruang tamu sebelum duduk dalam keadaan seperti melekat pada dinding sambil menonton televisyen.
Kanak-kanak itu menyilang kedua-dua tangannya sambil menonton televisyen dalam keadaan santai.
 Foto: Douyin
Ibu kanak-kanak itu yang menggunakan nama @Ruxiangsuisu di media sosial China, mendedahkan bahawa mereka pada awalnya tidak menyedari kebolehan luar biasa tersebut sehingga dia memeriksa rakaman CCTV.
Menurut si ibu, anaknya mempunyai sifat berani dan gemar melakukan aktiviti berbahaya.
Tambahnya, iklim lembab di bandar tepi pantai yang didiami mereka di Pulau Pingtan mungkin menjadikan kanak-kanak tersebut lebih mudah melekat pada dinding.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang cuba mencari penjelasan di sebalik kebolehan seperti watak adiwira Spiderman itu.
Seorang pengguna media sosial memberitahu, disebabkan badan kanak-kanak adalah ringan, lebih mudah untuk mereka melekat pada dinding.
“Jelas kanak-kanak ini memanjat dinding kerana dia ingin mengawal saluran televisyen yang ditonton,” kata netizen secara berseloroh sambil merujuk kepada alat kawalan jauh yang dipegang budak itu. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
tgh2 mlm kalau nmpk kt sudut2 mcm ni mau pengsan kot... ke gambar edit tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kemain kooooooooooooooooooooooooooooooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Cer ko ensot selow² kat permukaan dinding lepaan simen yg disapukan cat dalaman. Lekat tak? |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu,tengok dinding pun dah tahu,mmg mudah melekap kalau dinding jenis mozek tu,
org badan ringan je boleh buat,
|
|
|
|
|
|
|
|
china & indon..baca boleh, percaya jangan |
|
|
|
|
|
|
|
Dinding mozek, melekat dekat bucu dinding, jackie chan dah lama buat... |
|
|
|
|
|
|
|
VIDEO MANA....VIDEO MANA.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lepss tu anak kau tersilap pegang/pijak, jatuh kepala dulu pecah muka padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 kekecik biasa dah buat gini, kat sudut2, kat tiang, kat gerbang pintu...... janji cat / mozek tak kering & kesat... dia tambah pulak bebudak badan berlengas je kan.. badan ringan... of course boleh..cuba suruh noreen ke aya yang melekat walaupun kau sapu gam uhu...boleh? |
|
|
|
|
|
|
| |
|