Menjadi amah untuk masuk secara sah di Malaysia sebelum menghilangkan diri antara taktik wanita Indonesia menetap secara haram di negara ini. Beberapa majikan ditemui mendakwa, mereka serik menggunakan khidmat pekerja asing Indonesia sebagai amah selepas terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan ribu ringgit ekoran tindakan tersebut.
Pegawai perubatan, Dr. Nurul Zawani Zaini, 34, berkata, dia sendiri kerugian kira-kira RM84,000 akibat perbuatan pembantu rumahnya yang melarikan diri selepas hanya beberapa bulan bekerja. Katanya, setakat ini seramai 12 pembantu rumah bersilih ganti bekerja di rumahnya dengan tempoh paling lama adalah enam bulan dan ada antara mereka melarikan diri dengan meninggalkan dokumen penting seperti pasport. “Berdasarkan harga kira-kira (sewaktu mengambil pembantu rumah), pengambilan daripada ejen tidak berdaftar sekitar RM5,000 hingga RM8,000, manakala ejen berdaftar RM10,000 hingga RM12,000.
“Jadi purata dalam RM84,000 anggaran kerugian untuk 12 orang amah. Itu belum gaji setiap bulan antara RM800 hingga RM1,000,” kata ibu kepada empat orang anak itu baru-baru ini. Menceritakan kejadian pembantu rumah melarikan diri, Dr. Nurul Zawani berkata, ada yang tergamak meninggalkan anak kembarnya yang ketika itu berusia tiga bulan di ruang tamu dalam keadaan pintu rumah terbuka. “Terdapat juga amah yang melarikan diri pada awal pagi. Selain itu, ada yang memberi alasan seperti sering dirasuk, tidak sihat dan sebagainya. Namun, apabila kami memanggil ustaz selain melakukan pemeriksaan doktor, mereka normal sahaja. “Rupa-rupanya mereka sengaja berlakon untuk dihantar pulang kepada ejen semula. Pelbagai alasan yang diberikan sepanjang saya mengambil amah. Ada yang beri alasan tak mampu jaga, nak balik kampung tengok anak dan sebagainya,” ujarnya. Dakwanya lagi, ada segelintir amah asing ini yang memang tidak berminat menjaga kanak-kanak dan orang tua, tetapi menjadikan permit ke Malaysia sebagai tiket untuk tinggal di sini dan seterusnya mencari pekerjaan di bidang lain. Seorang lagi majikan dikenali sebagai Nani berkata, dia turut berdepan masalah pembantu rumah melarikan diri selepas hanya empat bulan bekerja di rumahnya. Katanya, pembantu rumah tersebut yang berusia 25 tahun diambil menerusi ejen dan mereka melayannya seperti keluarga sendiri. “Masa mula-mula sampai, dia memang baik ibarat pijak semut pun tak mati. Pelbagai cerita sedih dia ceritakan kepada kami, misalnya datang ke Malaysia mahu membantu keluarga susah di kampung. “Kami sekeluarga melayannya seperti saudara sendiri. Ada sesetengah majikan tidak membenarkan amah menggunakan telefon bimbit, tapi saya pula tidak kisah asalkan kerja dan tanggungjawab dia buat,” katanya. Bagaimanapun katanya, kebaikan yang diberikan dibalas tuba apabila pembantu rumahnya mula menunjukkan perangai dan tidak menjalankan tugas yang diberikan. “Hari-hari dia main TikTok dan media sosial. Sampailah dia berkenalan dengan seorang lelaki yang menyebabkan dia tinggalkan rumah. Dokumen pasport ada pada saya dan balik dari kerja, beg pakaiannya hilang entah ke mana,” katanya. Nani yang juga seorang usahawan berkata, kejadian itu menyebabkan dia serik untuk mengambil pembantu rumah kerana tidak mahu kejadian sama berulang kembali. Seorang lagi mangsa amah lari yang mahu dikenali sebagai Natasha berkata, pembantu rumahnya bukan sahaja melarikan diri, bahkan turut mencuri barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000. Katanya, kejadian berlaku sewaktu dia dan suami sedang sibuk bagi persiapan melahirkan bayi. “Waktu saya hendak bersalin, dia buat hal pula. Dia gunakan kesempatan itu untuk melarikan diri dengan membawa bersama barang kemas dan telefon bimbit milik saya. “Ketika itu saya berada di bilik pembedahan, rasa sangat tertekan dan tidak percaya perkara ini boleh berlaku,” katanya. Sumber: KOSMO! ONLINE |
Tinot7 replied at 22-7-2023 03:47 PM
Friska tanak komen ka?
CiliPadiSedap replied at 22-7-2023 09:18 PM
dia tengah jadi cleaner kt hotel casuarina ipoh
dani-rox replied at 22-7-2023 09:05 PM
Amah Indon yg di import ke sini gred C yg direjek dgn harga yg tak setimpal langsung, yg gred A1 raj ...
CiliPadiSedap replied at 22-7-2023 09:34 PM
yang ada rekod jenayah , ada rekod maling suami majikan, maling pencen majikan, ada rekod sondol s ...
dani-rox replied at 22-7-2023 09:45 PM
Ya KakCili. Kat negara lain, kisah perangai buruk maid indon mungkin secoet jah - kat tanah air, bo ...
CiliPadiSedap replied at 22-7-2023 09:34 PM
yang ada rekod jenayah , ada rekod maling suami majikan, maling pencen majikan, ada rekod sondol s ...
ADVERTISEMENT