CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 13

Amah Dirasuk Sebelum Cabut Lari Dengan Harta Majikan

[Copy link]
Post time 22-7-2023 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Menjadi amah untuk masuk secara sah di Malaysia sebelum menghilangkan diri antara taktik wanita Indonesia menetap secara haram di negara ini.


Beberapa majikan ditemui mendakwa, mereka serik menggunakan khidmat pekerja asing Indonesia sebagai amah selepas terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan ribu ringgit ekoran tindakan tersebut.


Pegawai perubatan, Dr. Nurul Zawani Zaini, 34, berkata, dia sendiri kerugian kira-kira RM84,000 akibat perbuatan pembantu rumahnya yang me­larikan diri selepas hanya beberapa bulan bekerja.




Gambar hiasan/Harian Metro




Katanya, setakat ini seramai 12 pembantu rumah bersilih ganti bekerja di rumahnya dengan tempoh paling lama adalah enam bulan dan ada antara mereka melarikan diri dengan meninggalkan dokumen penting seperti pasport.


“Berdasarkan harga kira-kira (sewaktu mengambil pembantu rumah), pengambilan daripada ejen tidak berdaftar sekitar RM5,000 hingga RM8,000, manakala ejen berdaftar RM10,000 hingga RM12,000.


“Jadi purata dalam RM84,000 anggaran kerugian untuk 12 orang amah. Itu belum gaji setiap bulan antara RM800 hingga RM1,000,” kata ibu kepada empat orang anak itu baru-baru ini.


Menceritakan kejadian pembantu rumah melarikan diri, Dr. Nurul Zawani berkata, ada yang tergamak meninggalkan anak kembarnya yang ketika itu berusia tiga bulan di ruang tamu dalam keadaan pintu rumah terbuka.


“Terdapat juga amah yang melarikan diri pada awal pagi. Selain itu, ada yang memberi alasan seperti sering dirasuk, tidak sihat dan sebagainya. Namun, apabila kami memanggil ustaz selain melakukan pemeriksaan doktor, mereka normal sahaja.


“Rupa-rupanya mereka se­ngaja berlakon untuk dihantar pulang kepada ejen semula. Pelbagai alasan yang diberikan sepanjang saya mengambil amah. Ada yang beri alasan tak mampu jaga, nak balik kampung tengok anak dan sebagainya,” ujarnya.


Dakwanya lagi, ada segelintir amah asing ini yang memang tidak berminat menjaga kanak-kanak dan orang tua, tetapi menjadikan permit ke Malaysia sebagai tiket untuk tinggal di sini dan seterusnya mencari pekerjaan di bidang lain.


Seorang lagi majikan dikenali sebagai Nani berkata, dia turut berdepan masalah pembantu rumah melarikan diri selepas hanya empat bulan bekerja di rumahnya.


Katanya, pembantu rumah tersebut yang berusia 25 tahun diambil menerusi ejen dan mereka melayannya seperti keluarga sendiri.


“Masa mula-mula sampai, dia memang baik ibarat pijak semut pun tak mati. Pelbagai cerita sedih dia ceritakan kepada kami, misalnya datang ke Malaysia mahu membantu keluarga susah di kampung.


“Kami sekeluarga melayannya seperti saudara sendiri. Ada sesetengah majikan tidak membenarkan amah menggunakan te­lefon bimbit, tapi saya pula tidak kisah asalkan kerja dan tanggungjawab dia buat,” katanya.


Bagaimanapun katanya, kebaikan yang diberikan dibalas tuba apabila pembantu rumah­nya mula menunjukkan perangai dan tidak menjalankan tugas yang diberikan.


“Hari-hari dia main TikTok dan media sosial. Sampailah dia berkenalan dengan seorang lelaki yang menyebabkan dia tinggalkan rumah. Dokumen pasport ada pada saya dan balik dari kerja, beg pakaiannya hilang entah ke mana,” katanya.


Nani yang juga seorang usahawan berkata, kejadian itu menyebabkan dia serik untuk mengambil pembantu rumah kerana tidak mahu kejadian sama berulang kembali.


Seorang lagi mangsa amah lari yang mahu dikenali sebagai Natasha berkata, pembantu rumahnya bukan sahaja melarikan diri, bahkan turut mencuri barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.


Katanya, kejadian berlaku se­waktu dia dan suami sedang sibuk bagi persiapan melahirkan bayi.


“Waktu saya hendak bersalin, dia buat hal pula. Dia gunakan kesempatan itu untuk melarikan diri dengan membawa bersama barang kemas dan telefon bimbit milik saya.


“Ketika itu saya berada di bilik pembedahan, rasa sangat tertekan dan tidak percaya perkara ini boleh berlaku,” katanya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska tanak komen ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 09:05 PM | Show all posts
Amah Indon yg di import ke sini gred C yg direjek dgn harga yg tak setimpal langsung, yg gred A1 rajin dan baik hati dihantar pergi Spore, HK dan Arab Saudi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 22-7-2023 09:10 PM

BUKTI....kami yg dipanggil indon bisa buat orng yg mengaku bijak seperti org Malesia itu MENJADI BODOH-FRISKA
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 09:18 PM | Show all posts

dia tengah jadi cleaner kt hotel casuarina ipoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Priskis la ni...mula² masuk jd amah, lps tu sondol laki majikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2023 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-7-2023 09:18 PM
dia tengah jadi cleaner kt hotel casuarina ipoh

Cian.. ingatkan bisnes katering dia kencang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 09:34 PM | Show all posts
dani-rox replied at 22-7-2023 09:05 PM
Amah Indon yg di import ke sini gred C yg direjek dgn harga yg tak setimpal langsung, yg gred A1 raj ...

yang ada rekod jenayah , ada rekod maling suami majikan, maling pencen majikan, ada rekod sondol suami orang gred c.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2023 09:45 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-7-2023 09:34 PM
yang ada rekod jenayah , ada rekod maling suami majikan, maling pencen majikan, ada rekod sondol s ...

Ya KakCili. Kat negara lain, kisah perangai buruk maid indon mungkin secoet jah - kat tanah air, boleh dikoleksikan sbg buku lagi. malah kalau Netflix berminat, bole jer dibuat jd dokumentari 24 episod
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 09:51 PM | Show all posts
dani-rox replied at 22-7-2023 09:45 PM
Ya KakCili. Kat negara lain, kisah perangai buruk maid indon mungkin secoet jah - kat tanah air, bo ...

20 daripada 24 episode netflix series tu temuramah dalam forum pun dah cukup untuk kenal bibik friska gred c
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 10:38 PM | Show all posts
Taktik2 keturunan si Yan @Bipolajourney2 bab2 menipu ni memang dia paling pro wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Merapu la..ambil bawa dtg pun dah 15k..gaji bulan2 lagi..dia bawak lari harta kita pulak..pii
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-7-2023 09:34 PM
yang ada rekod jenayah , ada rekod maling suami majikan, maling pencen majikan, ada rekod sondol s ...

Rekod maling suami majikan tu paling haibat...mai kopi sechawan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Priskiess tersenyum siniss sambil diam tak berkutik mendengar cerita puak2 sendirik buat onar di tanah ayer yinni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.053664 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list