CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Dihantui Rasa Bersalah, Jadi Punca Rakan Lelaki Bercerai

22-7-2023 02:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1107| Komen: 13

Gara-gara terlampau ‘melayan’ senior tempat kerja yang berstatus suami orang, seorang wanita kini dihantui rasa bersalah apabila mengetahui dirinya telah menjadi punca rumah tangga rakan sekerja lelakinya terumbang-ambing.


Menerusi perkongsian yang dirahsiakan identitinya di satu akaun Twitter, isteri kepada lelaki terbabit bertindak menuntut cerai selepas wanita itu ‘kantoi’ berkongsi gambar raya dengan suaminya.

Gambar hiasan

Difahamkan, wanita dan senior lelakinya telah bekerja bersama selama tiga tahun yang mana memerlukan mereka berkomunikasi setiap hari.

Sehubungan itu, wanita itu juga turut mendakwa dirinya telah mencipta ‘jurang’ antara mereka berdua disebabkan rakan sekerjanya itu telah berkahwin.

“Tahun ini masuk tahun ketiga saya bekerja bersama dengan dia dan saya perasan dia berusaha mendekati saya. Tapi saya layankan sahaja sebab tidak mahu ada rasa janggal antara kami berdua.


“Saya ada kongsi gambar raya dan ‘kantoi’ dengan isteri dia. Sekarang, mereka dalam proses bercerai.

“Saya cuma anggap dia sebagai kawan rapat di tempat kerja sahaja. Adakah saya perosak rumah tangga?,” tanya wanita terbabit.

Meninjau komen di perkongsian berkenaan, ramai pengguna Twitter dilihat menyerang wanita berkenaan dengan komen-komen ‘pedas’ selain memarahi tindakannya yang tidak menjaga batas pergaulan dengan lelaki berstatus suami orang.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 22-7-2023 02:35 PM
Terumbang ambing ke porak peranda?????
Quote Tiggybiru 22-7-2023 03:26 PM
Tak perlu tanya mcm ni dik mmg mengundang kecaman…orang laki ni taknak ckp taknak..bukn makin dilayan.. org tua2 cakap malu2 tp mahu
Quote isseliparjepun 22-7-2023 06:56 PM
Ya betul. Cuma I tak pasti you ni layak bersuami dan beranak pinak atau tak. Sebab soalan you kedengaran agak stupid sis.
Quote dua_chzy 22-7-2023 08:08 PM
Yes you are. Dasar babi. Takyah tipu.
Quote anony-mous 23-7-2023 08:31 AM
Ya . dasar betina . Klau ko x gedik, x adanya gatal birah bg gmbar raya. Mesti la gmbar selfie ootd kan?
Quote chinta89 23-7-2023 11:11 AM
ye ye je layan atas alasan x nak rasa janggal as team mate kerja???
kemonn la, kalau BF ko layan betina lain u mrh tak???

takkan kongsi gmbr ootd raya sahaja, mesti laki dia dah asik melekat ngn fon layan text ko sb tu bini dia nk cerai. takkan sb ata sekeping gmbr tu je punca terus nk bpisah? ko cter versi baik belah ko je, padahal aku rasa ko gedik2 layan manjah2 gitu
Quote otai_g 24-7-2023 11:00 AM
Sbb tu dlm Islam ada poligami. X yah bercerai. Bercerai akan tmbh masalah lain plk nanti
Quote Yoonggi 26-7-2023 09:36 AM
klu lyn mcm kwn2 sepejabat yg biasa ja, xdela smpai htr gmbr raya segala. dah tau tu laki org, kena la ada batas bila berkwn. xkan tu pun nk ajar
Quote seri_mawr 26-7-2023 02:34 PM
ko pi bergmbar raya berdua kenapa..?? lepas dgn takde hati dan perasaan pi upload kat media soSIAL....

x boleh kah gmbar beraya jgn mengundang...dgn ye nya ni dgn dia sama gatal merenyam...

its take two to tango bak kata org tua2...lelaki tu gatal...hang pun sama naik...

eh geram pulak aku....
Quote bungarose 26-7-2023 08:21 PM
Roda kehidupan berputar dekkk
Tunggu time ngko berlaki laks ader perempuan lain layan laki ngko
Quote azimodin 27-7-2023 10:14 PM
Acah2 innocent, konon xnak rasa janggal. Apa ke bodoh. Layan secara professional,  insyaallah xde janggal ke hapa. Aku kenal member2 dalam team suami aku, vice versa. Bila ada hal emergency boleh la contact. Setakat berhubung hal kerja, xde la masalah. Kejadah pulak main hantar2 gambar. Nak hantar ucapan raya ke hapa buat la dalam group, xpayah pm tepi. Even dengan boss lelaki yg aku rapat & anggap macam bapak pon aku x main hantar2 gambar & bincang halw bukan kerja.
Quote Meiizu 27-7-2023 10:18 PM
Ko jelah kawin dgn laki tu
Quote chiyoasuka 27-7-2023 10:23 PM
klu dkt tmpt kerja elakkan rapat dgn laki/bini or

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.128824 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top