CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pasangan Buat Hal Masa Tonton Barbie, Tuang Arak, Tunjuk Isyarat Lucah Bengang Ditegur Bising

22-7-2023 02:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1473| Komen: 7

Menurut perkongsian seorang pelayar di TikTok, kejadian dikatakan berlaku di TGV Cinemas, Sunway Pyramid, Subang Jaya, pada jam 10.15 malam dan rakaman insiden dimuat naik pada Jumaat.

Pelayar tersebut mendakwa, kedua-dua pasangan ini asyik bersembang dan minum minuman keras ketika menonton filem Barbie yang kini sedang rancak ditayangkan di pawagam-pawagam.



“Dua orang individu ni minum dan berborak sepanjang movie Barbie ditayangkan,” katanya di ruangan kapsyen.

Disebabkan perbualan mereka mengganggu ketenteraman orang lain yang sedang menonton, beberapa penonton meminta agar pasangan tersebut supaya berhenti bersembang.

Mungkin tidak boleh bertoleransi dan menerima teguran, wanita terbabit mencampakkan minuman kerasnnya kepada penonton yang menegur perbuatannya.

“Bukan sahaja mereka sangat kurang ajar, perempuan tu siap campak air (beralkohol) dalam bekas minuman dekat penonton (yang minta dia untuk senyap).


“Perempuan tu mesti sangat mabuk walaupun sudah balik dan berada di rumah sekarang,” katanya lagi.


Dalam paparan rakaman video tersebut, kelihatan wanita itu menuang minumannya kepada penonton lain.

Dia kemudiannya menunjukkan isyarat lucah sambil mengeluarkan kata-kata kesat sebelum beredar keluar dari panggung.

"F*** you!" katanya sebelum keluar dari panggung walau filem Barbie belum tamat tayangan.

Pelayar ini berharap tindakan dapat diambil oleh pihak TGV Cinemas susulan apa yang terjadi pada malam tersebut.

Rata-rata netizen turut berasa kurang senang dengan perbuatan wanita itu setelah video memeparkan tingkah lakunya tular di TikTok.

Dalam pada itu, ramai juga yang mempersoalkan bagaimana wanita ini boleh membawa minuman keras memandangkan ia melanggar peraturan TGV Cinemas sendiri.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 22-7-2023 03:27 PM
Habis...drpd TGV tak menggeledah beg, cukup2 check biasa saja, dah kena buat check menyeluruh sbb kes ni. Menyusahkan hidup betullah budak dua ekor ni...
Quote dua_chzy 22-7-2023 05:45 PM
Kalau jumpa binatang tidak bertamadun sebegini, kita layan ja persis binatang. Kalau aku yang kena simbah air beer dia tu mau aku tendang poen dia dan jantan dia di sana juga.
Quote makneng 22-7-2023 07:02 PM
Camne babi boleh terleas masuk wayang ni
Quote lilydandelion77 23-7-2023 04:52 PM
bila babi nonton barbie
Quote tipah89 24-7-2023 02:31 PM
yg kena simbah tu xreti nak lawan balik ke??? kasi ajar sikit nak mabuk pun menyusahkan org
Quote Yoonggi 26-7-2023 09:33 AM
org mcm ni x reti etika hidup bermasyarakat. patut duk berdua je kat pulau yg xdak org. buat apa pun boleh klu duduk asing dr org lain
Quote chiyoasuka 31-7-2023 08:05 AM
mcm mna la bole lepas dlm pwgan bgni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.106525 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top