CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasrat Jadi Calon PRU-15 Tak Kesampaian, Ahli Perniagaan Termasuk Datuk Rugi RM32 Juta

21-7-2023 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 878| Komen: 6

Bayan Lepas: Sekumpulan ahli perniagaan termasuk yang bergelar Datuk  kerugian sehingga RM32 juta, mendakwa diperdaya seorang pengarah syarikat menerusi kerjasama penubuhan parti politik baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.


Malah, ada dalam kalangan mereka turut mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan serta pinjaman wang dengan individu sama.

Mangsa yang juga bekas calon Bebas di Melaka, Datuk Kamisan Palil, 38, berkata, beliau bersama beberapa rakan berjumpa dengan individu berkenaan yang kononnya meminta mereka bertanding di beberapa kerusi Parlimen di Melaka.

Foto: Harian Metro

Katanya, individu itu mendakwa segala kos pertandingan akan ditanggung olehnya dan bagi persiapan pertandingan di Parlimen Jasin, beliau menggunakan wang sendiri berjumlah RM150,000 sebagai pendahuluan.

"Saya menghubungi individu itu semula namun semua panggilan tidak dijawab malah dia turut mengundur diri dalam semua grup aplikasi WhatsApp.


"Akibatnya, nama serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diuruskan saya terpalit dengan kerjasama penubuhan parti itu," katanya kepada Harian Metro.

Kamisan berkata, beliau turut hilang pendapatan sebagai pembekal kelapa muda disebabkan janji manis ditaburkan sebagai calon.

"Saya tidak puas hati dengan tindakannya dan bimbang orang lain menjadi mangsa penipuan lelaki ini serta membuatkan saya tampil membuat laporan polis," katanya.

Terdahulu, lima individu tampil membuat laporan menjadi mangsa penipuan seorang pengarah syarikat di Balai Polis Bayan Baru di sini, semalam.

Mereka mendakwa lelaki bergelar Datuk itu menjanjikan peruntukan RM4.5 juta kepada setiap calon kerusi Parlimen.

Difahamkan seramai 160 calon terpedaya dengan individu itu membabitkan kerugian sekurang-kurangnya RM200,000 seorang.

Sementara itu, Mohamed Mahyuddin Tajuddin, 63, pula mendakwa dia kerugian sebanyak RM500,000 akibat diperdaya pengarah syarikat itu berhubung pelantikan wakil rakyat di Hulu Selangor.

Katanya, dia juga dilantik sebagai timbalan penaja parti dan mengikut individu berkenaan ke seluruh negara bagi pelaksanaan kerjasama itu.

"Saya diminta bagi mengurus pelaksanaan serta melakukan kertas kerja beberapa projek yang dijanjikan namun selepas seminggu, dia memberi pelbagai alasan termasuk tidak boleh bertanding susulan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan penubuhan parti berkenaan.

"Sehingga laporan ini dibuat, tiada sebarang rundingan dibuat berhubung perkara itu dan saya rasa diperdaya.

"Semakan juga mendapati bukan saya saja menjadi mangsanya malah orang lain turut berdepan situasi sama," katanya.

Manakala Datuk Norhisham Nasrom, 40, berkata, beliau mengalami kerugian hampir RM500,000 bukan saja diperdaya untuk menjadi calon Parlimen Bagan Serai, Perak malah individu itu turut meminta pinjaman secara peribadi.

"Pada masa ini, wang tidak menjadi pertikaian saya, ia lebih kepada maruah selaku pengerusi Pertubuhan Kebajikan Penyatuan Malaysia yang mana selama ini sudah banyak bantuan demi kesejahteraan rakyat saya lakukan.

"Saya juga tidak mahu orang lain menjadi mangsa penipuan individu ini kerana impaknya mengubah kehidupan sehingga ada dalam kalangan rakan kami yang menjadi muflis.

"Diharap mangsa lain turut tampil buat laporkan supaya siasatan lanjut dapat dilakukan pihak berkuasa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 21-7-2023 02:49 PM
yang menipu datuk, yang ditipu pun datuk
Quote kepompong 21-7-2023 02:54 PM
cerita berbelit2
Quote s@s@ 21-7-2023 03:39 PM
grand theft auto ka?
Quote Antifake 21-7-2023 08:10 PM
Nak tubuh parti baru ka… adoi yang ada ni pon x terurus. Ada hati nak tambah lagi. Sampai bila la nak sedar pok cik.. duit berkepuk tu banyak lagi kegunaannya. Ni dah kira sedekah kat scammer
Quote TOPwind 21-7-2023 08:47 PM
report polis \ mcm buat report kertas kosong

tiada apa2 tindakan- siapa polis ckap carilah loyer saman.

tapi heran kat Singapore- 5 jam selesai. cam ne tu
Quote apalancut 21-7-2023 10:51 PM
rupanya di Malaysia ni, ramai melayu yang kaya.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.045351 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top