CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertuduhan Edar Dadah- Wanita Bersalin Dan Besarkan Anak Dalam Penjara Terlepas Hukuman Gantung

21-7-2023 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 263| Komen: 1

SEREMBAN – Seorang wanita yang terpaksa bersalin dan membesarkan anak di dalam penjara terlepas daripada hukuman gantung.

Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis 237.86 gram, kira-kira dua tahun lalu.


Hakim Datin Rohani Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie (keraguan munasabah) ke atas tertuduh, R Devaki, 34, yang merupakan suri rumah serta ibu kepada empat anak.

Foto: Kosmo

Rohani dalam penghakimannya di akhir kes pendakwaan berkata, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri selepas membuat penilaian menyeluruh.

“Tertuduh dilepas dan dibebaskan selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap tertuduh. Pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang ditemui,” kata hakim.


Hakim turut menasihatkan tertuduh untuk menjaga diri dan tidak berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Jaga diri awak. Kalau nak berkawan jaga sikit, jangan berkawan dengan sesiapa sahaja,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Devaki didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 237.86 gram kira-kira pukul 7.30 malam di Bandar Dataran Segar di Port Dickson, 4 Ogos 2021.  -CARI

Sumber: Kosmi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarika 21-7-2023 02:19 PM
Siannya kalau betul dia tak buat..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.043251 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top