Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun hidup menderita apabila dia terpaksa mewarisi saka yang 'dibela' oleh nenek moyangnya. Menerusi video tular di media sosial, kanak-kanak itu dilihat seperti sedang dirasuk ketika dia dirawat oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Wajah kanak-kanak itu bertukar bengis sebelum dia berdiri dan cuba menjauhkan diri ketika perawat membacakan ayat suci al-Quran sambil memegang kepalanya. Menurut akaun TikTok Pusat Rawatan At-Taqwa, ibu kepada kanak-kanak itu mengadu tentang nasib anaknya yang terpaksa mewarisi saka pada usia yang masih muda. "Adik ini berusia sembilan tahun, dia menyambut dan mewarisi saka keturunan oleh nenek moyangnya. Kata si ibu, kesian anaknya menanggung semua ini, padahal dia masih budak. "Saka harimau meminta hidangan pulut kuning berserta ayam bakar dan rokok daun. Adik ini diruqyah. Ibunya berkata anaknya sering berjalan berseorangan diri di luar rumah," menurut tulisan di akaun TikTok itu.
"Disebabkan moyang dulu-dulu, cucu cicit jadi mangsa. "Saya rasa meremang satu badan ketika ustaz ni baca. "Kesiannya, moga adik ni diberikan kesembuhan," tulis beberapa netizen. Malah, beberapa individu yang mewarisi saka turut tampil di ruangan komen untuk bercerita tentang pengalaman mereka. "Saya pun baru buang. Tapi ganas lagi. Habis ustaz tu kena. Dicakar, disepak. Sakit nak buang. Dari kecil 'dia' berminat dengan saya. Lagi dua belum buang. "Dulu selalu jadi macam ni tapi sekarang dah okay, cuma dia ikut dan tak kacau. Saya punya saka harimau hitam. Semoga dipermudahkan urusan adik ni. "Sama macam anak lelaki saya. Umur sembilan tahun, bersilat je kerjanya. Selalu mimpi ada orang ajar dia memanah, mimpi ada bantu dia dalam bahaya," tulis beberapa netizen lagi. Sebagai peringatan, perbuatan membela jin yang disebut sebagai saka, belaan atau apa sahaja adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.-CARI Sumber: mStar
|
antikorok replied at 21-7-2023 03:03 PM
Waris Jari Antoo tersenyum sinisss
noor2 replied at 21-7-2023 03:14 PM
Sapa perempuan sebelah maya karin tu sebijik muka A Aida
tri-max replied at 21-7-2023 03:51 PM
lambert lagi A Aida nya
itulah waris jari antoo @ rusydi ramli
muka tak glowing walau mekap ...
noor2 replied at 21-7-2023 03:14 PM
Sapa perempuan sebelah maya karin tu sebijik muka A Aida
cmf_premierleag replied at 21-7-2023 04:41 PM
Tu rusdi ramli..jd mcm tu lps dpt saka dr azean irdawaty
pekanwoohoo replied at 21-7-2023 09:07 AM
Dekat belah dunia barat sana ada tak masalah saka-saka ni?
noor2 replied at 21-7-2023 03:14 PM
Sapa perempuan sebelah maya karin tu sebijik muka A Aida
Samerosie replied at 21-7-2023 02:04 PM
Dirasuk saka?
ADVERTISEMENT