CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JPJ Tak Wajibkan Warga Emas Jalani Pemeriksaan Mata Untuk Lesen

21-7-2023 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 165| Komen: 2

Mesej tular mendakwa warga emas lebih 65 tahun yang mahu mendapatkan lesen memandu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan penglihatan, dinafikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp hantaran yang mewajibkan golongan tersebut melakukan pemeriksaan berkenaan di mana-mana kaunter JPJ bermula tahun 2024.



Gambar hiasan

JPJ dalam kenyataan berkata, mesej tular tersebut adalah tidak benar dan orang ramai diminta tidak tertipu dengannya.

“Tiada perubahan membabitkan proses pembaharuan lesen memandu buat warga emas.

“Sehubungan itu, pembaharuan lesen memandu bagi warga emas adalah seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sehubungan itu, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat supaya tidak tertipu.



Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 21-7-2023 09:18 PM
Suka sgt sebar cerite ngarut, satu kepuasan bila berjaya bagi orang lain percaya..ngok sgt yg giler viral benda tk tentu hala tu
Quote antikorok 21-7-2023 09:40 PM




Warga emas rabun rempuh SJR


https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/warga-emas-rabun-rempuh-sjr/






Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.037826 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top