CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Ditahan Cuba Upah Orang Di Laman Web Bunuh Anak 3 Tahun

21-7-2023 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 745| Komen: 3

Polis Florida menahan seorang wanita yang mengupah pembunuh upahan di laman web parodi untuk membunuh anak lelakinya berusia tiga tahun.

Metro UK melaporkan, Jazmin Paez, 18, ditangkap pada Selasa dan didakwa atas tuduhan berhubung pembunuhan peringkat pertama.



Newsweek

Menurut Polis Miami-Dade, kejadian itu bermula apabila Paez menghubungi pemilik laman web rentahitman.com, meminta seseorang untuk 'menguruskan' anaknya yang berusia tiga tahun.

Namun, rentahitman.com adalah palsu. Operasinya dijalankan sebagai laman web parodi yang dimiliki seorang lelaki California bernama Bob Innes yang menggunakan nama Guido Fanneli di platform itu.

Menurut polis, Paez mengisi semua butirannya dalam rentahitman.com dengan maklumat yang betul termasuk alamat dan tarikh lahir tetapi menggunakan nama samaran Daphne.

Dalam borang dalam talian, Paez didakwa menyatakan bahawa dia mahu mengupah seseorang untuk membawa anaknya 'jauh' daripada kehidupan dan dengan kadar segera.


Dia juga dilaporkan menghantar gambar dan lokasi anaknya itu itu tinggal.

Polis di Miami berkata, mereka menerima laporan daripada Innes pada 6.18 petang dan susulan itu, detektif dihantar ke rumah Paez untuk melakukan siasatan.

Pegawai Maklumat Awam Polis Miami-Dade, Alvaro Zabaleta, memberitahu bahawa detektif yang dihantar ke rumah Paez itu menyamar sebagai pembunuh upahan yang bekerja untuk laman web rentahitman.com.

"Suspek secara praktikal mengaku apa niatnya dan apa yang dia mahu lakukan.

"Kami juga gembira bahawa Innes sebagai pemberi maklumat, sudah melakukan perkara yang betul. Ia berdasarkan pengalamannya, dia tahu bahawa sesuatu permintaan yang benar," kata Zabaleta.

Stesen tempatan NBC6 dipetik melaporkan, Paez menawarkan pegawai yang menyamar itu AS$3,000 (kira-kira RM13,658) untuk pekerjaan itu.

Sebelum tengah malam pada hari sama, detektif menyamar sebagai pembunuh upahan tiba di rumah Paez, sebelum wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Paez didakwa atas pertuduhan menuntut pembunuhan peringkat pertama.

Dia dibebaskan selepas membayar bon AS$15,000 (kira-kira RM68,294) dan diarahkan untuk tidak berhubung dengan anaknya.

Polis mengesahkan Jabatan Kanak-Kanak dan Perkhidmatan Keluarga Florida juga sedang menyiasat kejadian itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-7-2023 01:54 PM
Kejam betul.. Anyway muka dia mcmtu sebab bell palsy or muka org amik dadah
Quote Samerosie 21-7-2023 02:02 PM
Perawankota replied at 21-7-2023 01:54 PM
Kejam betul.. Anyway muka dia mcmtu sebab bell palsy or muka org amik dadah

Entah macam ada kena operate juga tengok leher macam ada kesan kena tebuk.  Jgn la bunuh anak tu, hantar ke wwlfare la kata tak boleh jaga dah ke.  Bukan kat sana boleh buat camtu mental health katanya.
Quote cikatilia 21-7-2023 02:08 PM
muka dah la xberapa nak jadi
perangai pon mcm sial

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.248319 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top